Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Isu rumah ibadat yang didakwa dibina tanpa kelulusan serta protes GARAH disaran ditangani secara berhemah bagi memelihara keharmonian antara kaum dan agama.
Transcript
00:00Isu berkaitan rumah ibadat yang didakwa dibina tanpa kelulusan serta perimpunan protes oleh gerakan anti rumah anutan haram atau garah perlu ditangani secara berhemah bagi memelihara keharmonian antara kaum dan agama.
00:14Menteri Perpaduan Negara Dato' Aaron Agur Dagang suruh menyatakan bahawa segala urusan berkaitan rumah ibadat perlu diselesaikan ikut undang-undang serta bidang kuasa pihak berkuasa tempatan PPT.
00:25Jelas beliau, Kerajaan Madani Kekal Komite menghormati kebebasan beragama seperti yang dijamin di bawah perkara tiga Perlembagaan Persekutuan.
00:35Tegasnya, semua pihak perlu mengutamakan dialog dan rundingan bersama pihak berkepentingan dalam mencari penyelesaian.
00:42Selain itu, beliau turut menjelaskan Perpaduan Nasional merupakan aset negara yang paling bernilai dan tidak wajar digugat oleh emosi, salah faham atau naratif tidak bertanggungjawab yang tersebar di ruang awam termasuk Nibindia Sosial.
00:56Sementara itu, Kementerian Perpaduan Negara turut memberikan sokongan penuh terhadap usaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan atau KPKT dalam melaksanakan proses pemutihan rumah ibadat yang dibina tanpa kebenaran.
01:10Menurut Aaron, langkah itu akan dilaksanakan melalui pendekatan kerjasama, rundingan dan penyelesaian secara harmoni selaras dengan prinsip perpaduan serta tabib urus berlandaskan undang-undang.
01:22Pada ahad, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Komi memaklumkan bahawa KPKT bersama pihak berkuasa tempatan bersedia bekerjasama dalam semua pihak berkaitan dalam program pemutihan tersebut.
01:35Jelasnya, walaupun isu tanah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, namun KPKT tetap terbuka untuk membantu menyelesaikannya secara harmoni.
Comments

Recommended