Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
IPD Subang Jaya mengesahkan menerima laporan berhubung video tular seorang pemandu Axia membaling kon di Plaza Tol LDP. Pemilik kenderaan belum tampil dan polis membuka siasatan bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, dan Seksyen 48(1) APJ 1987. Orang ramai diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Mohammad Faiz Naufal (019‑485 8907) jika mempunyai maklumat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis sedang mengesan pemilik sebuah Pro 2 Akzia Merah yang tular membaling kon ke arah kenderaan lain di Plaza Tol LDP.
00:09Ketua Polis Daerah Subhanjaya, SCP Wan Azlan Wan Mamad berkata laporan polis telah dibuat oleh seorang anggota polis pada jam 1.37 pagi selepas mengesan video tular di Facebook.
00:21Video memamparkan pemandu berhenti secara tiba-tiba ketika trafik sesak sebelum bertindak agresif membaling kon ke arah kereta pemilik video dashcam.
00:31Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Kesiksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 48 Kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
00:44Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Muhammad Faiz Naufal di talian 019-485-8907.
Comments

Recommended