00:00Universiti Melayu UM menegaskan kepebasan bersuara dalam kalangan mahasiswa perlu dilaksanakan secara bertanggungjawab dan berhemah,
00:08selaras peruntukan undang-undang serta mengambil kira aspek keselamatan diri, ketenteraman awam dan kesejahteraan semua pihak.
00:15Timbalan NAPCAN Seloh, Hal Ehwal Pelajar UM, Prof. Dr. Zamri Razi berkata,
00:20pihak universiti menghormati hak mahasiswa yang setia sepeka terhadap isu semasa serta mempunyai semangat menyuarakan pandangan secara bertanggungjawab.
00:31Keprihatinan terhadap isu masyarakat merupakan sebahagian daripada proses pembentukan pemikiran kritis dan intelektual dalam kalangan mahasiswa.
00:41Dalam pada itu, beliau mengingatkan musim peperiksaan yang sedang berlangsung wajar diambil kira.
00:46Dengan mahasiswa digalakkan membuat pertimbangan sewajarnya terhadap komitmen akademik sebelum menyertai sebarang aktiviti luar kampus.
00:55Selain itu, beliau turut menjelaskan kumpulan yang dikaitkan dengan penganjuran perarakan berkenaan,
01:00dikenali sebagai Liga Mahasiswa Universiti Malaya, bukan persatuan pelajar yang berdaftar di UM
01:06dan tidak mewakili pendidikan rasmi universiti mahupun keseluruhan mahasiswa universiti itu.
01:11Beliau berkata pihak universiti yakin mahasiswa memiliki kematangan dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan bertanggungjawab.
01:20Sejajar dengan itu, UM kekal komited menyediakan saluran dialog serta ruang perbincangan yang teratur di peringkat kampus
01:27bagi membolehkan pandangan dan kebimbangan disuarakan secara konstruktif, beradab dan berlandaskan nilai intelektual universiti.
01:33Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan sebagai respons kepada laporan media bahawa kumpulan pelajar akan berarak dari Taman Tugu ke Parlimen pada 9 Februari
01:44bertujuan untuk mendesak pemasuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang lebih dikenali sebagai AUKU.
01:52Demonstrasi yang dijadualkan pada 9 pagi itu akan melibatkan lebih 30 kumpulan pelajar
01:57termasuk Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya UMANI, Himpunan Avokasi Rakyat Malaysia dan Liga Mahasiswa Universiti Malaya LMUM.
Comments