Skip to playerSkip to main content
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengulangi gesaan agar pihak berkaitan tidak meneruskan Perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) yang dijadual berlangsung di ibu kota atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam sempena lawatan rasmi Presiden India ke Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan pertemuan dengan penganjur perhimpunan berkenaan membabitkan aspek keselamatan serta adab dan tertib kepada tetamu negara.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767203/berita/semasa/perhimpunan-garah-satu-pihak-akur-satu-lagi-masih-mahu-teruskan---saifuddin

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Himpunan #himpunanGerakanAntiRumahAnutanHaram
Transcript
00:00Kita akan menerima tetamu negara, Presiden India.
00:03Dia adalah rakan strategi kita di segi perniagaan.
00:08Dia terhadap pembeli sawit yang besar.
00:10Akan berlangsung bilateral meeting antara kedua negara.
00:14Jadi, kalau ketika negara menyambut seorang tetamu penting,
00:20sebaik-baiknya dalam negara itu dia adalah keadaan,
00:24berlaku keadaan yang tenang.
00:26Oleh kerana, Pulis Deraja Malaysia bertanggungjawab dari segi mempersiapkan kawalan keselamatan.
00:32Jadi, kemudian berlaku satu rangkangan untuk berhimpun
00:38dengan mengangkat satu tajuk yang secara relatifnya sangat sensitif dan emotif.
00:47Jadi, sebab itu saya keluarkan kenyataan sebalam supaya tidak diteruskan.
00:51dan pihak pulis, Dato' Pulis Kuala Lumpur dan Dato' Hadir juga telah menyusulkan kenyataan yang sama.
00:59Sebab rancangan asalnya ada satu pihak yang nak buat perhimpunan,
01:03kemudian ada satu pihak lagi yang nak buat perhimpunan balas.
01:07Jadi, pihak pulis telah menemui kedua-dua pengantin
01:09dan telah menyampaikan bahawa pertama dari sudut keselamatan,
01:15kedua dari sudut adab dan tertib negara menerima satu tetamu.
01:20hendaknya keadaan negara itu biarlah tenang dan kita kawal.
01:23Jadi, kita akan telah pantau di satu pihak, setuju untuk tidak meneruskan.
01:29Satu lagi melalui kenyataan, masih ada hasrat untuk meneruskan.
01:32Saya masih mengambil peluang ini untuk meminta agar tidak diteruskan.
01:36Terima kasih telah menonton!
01:41Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended