00:00Canada dan Perancis, dua negara yang menentang tuntutan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke atas Greenland, bertindak membuka pejabat konsulat di wilayah otonomi Denmark itu pada Sabtu sebagai simbol sokongan padu terhadap kerajaan tempatan.
00:15Menteri Luar Kanada Anita Anna menyifatkan hari pembukaan konsulat di New Greenland itu sebagai detik penting untuk negaranya.
00:22Presiden Perancis Emmanuel Macron pula sebelum ini telah mengumumkan rancangan pembukaan konsulat tersebut ketika lawatan beliau keniuk pada Jun lalu.
00:34Dalam lawatan itu, beliau menyatakan solidariti Eropah terhadap Greenland dan mengkritik cita-cita Trump.
00:40Konsul Perancis yang dilantik John Novel Poirier sebelum ini pernah berkhidmat sebagai duta ke Vietnam.
00:46Katanya agenda utama adalah untuk mendengar penjelasan terperinci daripada pihak Greenland mengenai kedudukan mereka, manakala di pihak Perancis pula ia mengesahkan sokongan Paris kepada Denmark.
00:58Sejak kembali ke White House pada tahun 2025, Trump menegaskan Washington perlu mengawal Pulau Artik yang kaya dengan mineral dan mempunyai kepentingan strategi itu atas faktor keselamatan.
01:09Bagaimanapun, pada Januari lalu, Trump menarik balik ancaman untuk merampas Greenland selepas menyatakan beliau mencapai satu kesepakatan kerangka kerja dengan Ketua Perjanjian Atlantik Utara NATO Mark Rutte bagi mastikan pengaruh Washington yang lebih besar di wilayah tersebut.
01:25Walaupun Denmark dan Greenland mengakui mereka berkongsi kebimbangan keselamatan yang sama dengan Trump,
01:31kedua-duanya telah menegaskan isu kedaulatan dan integriti wilayah adalah garis merah yang tidak boleh dicabar dalam sebarang perbincangan.
01:39Ketua Perjanjian Atlantik Utara
Comments