Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Araghchi, menegaskan program peluru berpandu negara itu tidak boleh dirundingkan kerana ia isu pertahanan. Beliau menyifatkan rundingan tidak langsung dengan Amerika Syarikat mengenai program nuklear sebagai permulaan yang baik tetapi masih jauh untuk membina kepercayaan. Araghchi turut memberi amaran bahawa Iran mampu menyasarkan pangkalan tentera AS di Asia Barat jika diserang. Pusingan rundingan baharu dijangka berlangsung tidak lama lagi di tengah ketegangan serantau.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Menteri Luar Iran, Syed Abbas Arakshi menegaskan program peluru berpandu negara itu tidak akan dirundingkan dalam apa-apa perbincangan dengan Amerika Syarikat.
00:09Beliau berkata, rundingan tidak langsung dengan Amerika Syarikat pada Jumat lalu, hanyalah permulaan, namun proses membina kepercayaan masih panjang.
00:19Amerika Syarikat sebelum ini menekan Iran supaya mengurangkan program peluru berpandu balesti, tuntutan yang ditolak tegas oleh Teheran.
00:25Arakshi terus menyentuh serangan udara oleh Amerika Syarikat dan Israel pada Jun lalu ke atas beberapa fasiliti nuklear Iran.
00:33Beliau menegaskan tindakan tersebut gagal memusnahkan kemampuan nuklear negara itu, sambil menekankan bahawa Iran mempunyai hak mutlak untuk meneruskan aktiviti pengayaan uranium di tanah sendiri.
00:43Ketika ditanya mengenai kemungkinan serangan oleh Amerika Syarikat, Arakshi berkata Iran tidak mempunyai kapasiti untuk menyerang wilayah Amerika, namun boleh menyasarkan pangkalan tentera Amerika di Asia Barat sebagai tindak balas.
00:55Menurut beliau, satu lagi pusingan rundingan antara Iran dan Amerika dijangka diadakan dalam masa terdekat, diterajui utusan khas Amerika Syarikat ke Asia Barat, Steve Vickoff.
01:05Perbincangan itu berlangsung dalam suasana yang tegang selepas penempatan aset ketentera Amerika di rantau tersebut, meningkatkan kebimbangan mengenai kemungkinan konflik yang lebih besar.
01:13Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended