00:00Dua letupan kecil dikesan berlaku ketika operasi memadang kebakaran tanah gambut di ladang milik Pertuban Peladang Negeri Johor PPNJ di Ai Itam Johor.
00:09Letupan pertama berlaku pada 3 Februari lalu, manakala yang kedua pada Sabtu dalam kawasan Sektor D ketika operasi memadang kebakaran memasuki hari ke-8.
00:18Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Muklis Azman Aziz berkata, insiden ini dipercayai berpunca daripada kebakaran tanah gambut yang masih aktif di bawah permukaan.
00:30Katanya polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian namun berdepan kesukaran untuk masuk ke kawasan terbabit berikutan asap tebal serta struktur tanah gambut longgar dan tidak stabil.
00:41Beliau menambah ia sekaligus menyukarkan usaha mengenalpasti lokasi sebenar letupan dan menjalankan siasatan secara menyeluruh.
00:48Raiz Muklis berkata, atas pertimbangan faktor keselamatan dan orang awam, Sektor D ditutup sepenuhnya.
00:55Sehubungan itu katanya, operasi pemadaman diteruskan dengan bantuan helikopter bagi mastikan api dapat dikawas sepenuhnya sekaligus mengurangkan petugas di lapangan.
01:05Polis katanya akan memantau keadaan itu dan menyalurkan maklumat kepada orang awam dari semasa ke semasa.
01:11Selain itu, orang awam dinasihatkan tidak mendekati kawasan kejadian dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan bersama.
01:19Sebelum ini, Ketua Zon 4 Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia, JBPN Johor, Nur Syohada Amsari berkata,
01:25helikopter jenis Agusta AW139-9M-BOD digunakan untuk operasi pengeboman air.
01:31Operasi tertumpu di Sektor D, iaitu kawasan kebakaran terbesar dengan keluasan dianggarkan 88 hektare.
01:37Kebakaran membabitkan empat sektor, iaitu sektor A seluas 10 hektare, sektor B 4 hektare, sektor C 8 hektare dan sektor D 88 hektare.
Comments