Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Dua syiling peringatan, yang dikeluarkan oleh Royal Australian Mint dan memaparkan potret Ratu Elizabeth II, dikritik kerana ia tidak seiras dengaM wajah mendiang Ratu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, dua syiling peringatan yang dikeluarkan oleh Royal Australian Mint dan memaparkan portret Ratu Elizabeth II dikritik kerana ia sama sekali tidak seiras dengan wajah Mendiang Ratu.
00:12Syiling perak bernilai $5 Australia dan 50 sen itu dihasilkan bagi memperingati ulang tahun ke-100 kelahiran Mendiang Ratu.
00:22Jualannya dibuka melalui sistem undian dalam talian yang ditutup pada Rabu lalu.
00:27Salah seorang pengguna media sosial menulis bahawa ia merupakan portret pada syiling yang paling tidak menyenangkan pernah dilihatnya.
00:36Pihak Royal Australian Mint bagaimanapun mempertahankan rekaan tersebut dengan menyatakan imej pada syiling yang dihasilkan tidak selalunya dapat memaparkan keindahan penuh sesuatu reka bentuk setelah ia diukir pada logam.
00:48Ratu Elizabeth II mangkat pada 2022 di usia 96 tahun dan merupakan monarki yang paling lama memerintah dalam sejarah United Kingdom UK.
01:00Antara komen pedas yang ditinggalkan oleh netizen di laman Facebook rasmi kilangwang tersebut termasuk menyamakan portret tersebut dengan pelbagai watak televisyen termasuk Mrs Doubtfire iaitu watak pengasuh terkenal yang dilakonkan oleh Mendiang Robin Williams.
01:15Walaupun dihujani kritikan, terdapat juga segelintir peminat yang menyambut baik rekaan itu.
01:21Antara lain, mereka menganggap ia sebagai satu bentuk pengiktirafan istimewa terhadap legasi Mendiang Ratu.
01:28Selain portret yang menjadi peritikaian itu, syiling tersebut turut memaparkan reka bentuk simbolik yang mencerminkan pelbagai fasa kehidupan dan legasi kepimpinan Ratu Elizabeth II.
Comments

Recommended