Skip to playerSkip to main content
  • 23 hours ago
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, mengecam sekeras-kerasnya serangan ke atas sebuah masjid di ibu negara Pakistan, Islamabad.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres mengecam sekeras-kerasnya serangan ke atas sebuah masjid di ibu negara Pakistan, Islamabad.
00:10Timbalan jurucakapnya Farhan Haq dalam satu kenyataan berkata, Guterres menegaskan serangan terhadap orang awam dan rumah ibadat adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.
00:22Katanya Guterres menekankan bahawa pihak yang bertanggungjawab mesti dikenalpasti dan dibawa ke muka pengadilan.
00:27Beliau pada masa yang sama merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bangsa dan mendoakan kesembuhan penuh serta segera kepada mangsa yang cedera.
00:37Beliau juga mengulangi solidariti PBB bersama kerajaan dan rakyat Pakistan dalam usaha mereka untuk membantras keganasan dan ekstremisme ganas.
00:46Semalam sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh dan lebih 170 lagi cedera selepas seorang penyerang melepaskan tembakan di pintu masuk sebuah masjid syiah sebelum meletupkan bom diri di ibu negara Pakistan.
01:01Dan setakat ini tiada individu maupun kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.
01:06Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended