Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Pengerusi IJM Corporation Bhd ditahan bagi membantu siasatan berkaitan isu tadbir urus korporat, proses perolehan dan transaksi kewangan, termasuk pemilikan aset di luar negara yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2.5 bilion.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pengerusi IJM Corporation Berhad ditahan bagi membantu siasatan berkaitan isu takbir urus korporat, proses perolehan dan transaksi kewangan termasuk pemilikan aset di luar negara yang dianggarkan bernilai kekira 2.5 bilion ringgit.
00:16Menurut Suranjaya Penjagaan Rasuah Malaysia SPRM, suspek lelaki berusia lingkungan 70-an itu ditahan kira-kira pukul 7 malam Khamis di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas pemeriksaan dan penggeledahan dilakukan di kediamannya.
00:34SPRM pada Jumaat berkata pemeriksaan turut dijalankan di tiga lokasi lain iaitu sebuah institusi pengurusan dana dan pelaburan, sebuah bank pelaburan serta kediaman suspek.
00:45Katanya siasatan awal mendapati bank pelaburan berkenaan dilantik bagi menguruskan proses tawaran pengambilan alihan terhadap IJM Corporation Berhad termasuk urusan kawas selia dengan sebuah badan berkanun biaya kendiri.
00:58Menurut SPRM, bahagian operasi khas telah memulakan siasatan terhadap suspek pada 19 Januari lalu berhubung dawaan berkaitan takbir urus korporat, proses perolehan, transaksi kewangan serta pemilikan aset di luar negara bernilai kira-kira RM2.5 bilion.
01:15SPRM membekukan 70 akaun bank persendirian dan akaun syarikat yang dikaitkan dengan suspek melibatkan jumlah kira-kira RM30.6 juta.
01:24Isteri suspek antara 15 individu yang telah dirakam percakapan setakat ini.
01:30Sementara itu, pengarahkanan bahagian operasi khas Datuk Muhammad Zamri Zainul Abidin mengesahkan penahanan tersebut dan berkata suspek telah dilepaskan dalam tempoh 24 jam selepas keterangan diambil, memandangkan individu berkenaan turut mengalami masalah kesihatan.
01:45Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended