Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memaklumkan, Penggunaan kalimah-kalimah Islam seperti Alhamdulillah, Insya-Allah, Masya-Allah dan seumpamanya oleh golongan bukan Islam dalam perbualan harian adalah diharuskan, selagi ia tidak merendahkan kesucian agama Islam serta tidak mengandungi unsur penghinaan.
Transcript
00:00Penggunaan kalimah-kalimah Islam seperti Alhamdulillah, InsyaAllah, MasyaAllah dan seumpamanya oleh golongan bukan Islam dalam perbualan harian adalah diharuskan selagi ia tidak merendahkan kesucian agama Islam dan tidak mengandungi unsur penghinaan.
00:15Pejabat Mufti Bila Sekutuan memaklumkan dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, fenomena penggunaan kalimah Islam oleh sebahagian bukan Muslim adalah sesuatu yang normal dan berlaku hasil pergaulan antara budaya serta agama.
00:30Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dari sudut hukum syarak, perbuatan berkenaan dibenarkan dengan syarat ia digunakan dalam konteks yang betul dan tidak dijadikan bahan olok-olok atau persendahan terhadap Islam.
00:43Jelasnya, sekiranya seseorang bukan Muslim itu mengucapkan Alhamdulillah, termasuk selepas bersin, maka harus bagi seorang Muslim menjawab dengan doa seperti semoga Allah memberi hidayah kepada kamu atau semoga Allah memberi kesembuhan kepada kamu.
00:57Bagaimanapun, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan bahawa tidak dibenarkan untuk memohon keampunan atau rahmat Allah kepada orang kafir kerana rahmat tersebut adalah khusus untuk orang beriman.
01:10Dalam hal ini, ulama' seperti Syekh Mula Ali Al-Qari menjelaskan bahawa doa yang sesuai untuk bukan Muslim ialah agar mereka diberikan hidayah dan taufiq untuk beriman kepada Allah SWT.
01:23Keharusan ini tidak terpakai sekiranya kalimah-kalimah suci Islam digunakan dengan niat menghina, memperlekeh atau mempersendakan agama.
01:32Secara keseluruhannya, penggunaan kalimah Islam oleh bukan Muslim dalam perbualan harian adalah dibenarkan dalam suasana masyarakat majmuk namun tertakluk kepada adab, konteks dan penghormatan terhadap kesucian agama Islam.
01:45Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended