Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Majikan dan rakyat Malaysia tidak seharusnya menyewakan kenderaan kepada warga asing tanpa kelayakan dan dokumen sah.
Transcript
00:00Jabatan Pengangkutan Jalan mengeluarkan sejumlah 482,742 saman terhadap lebih 460,000 pemandu warga asing atas pelbagai kesalahan lalu lintas menerusi ob khas pemandu warga asing dari tahun 2023 hingga 2025.
00:17Daripada jumlah pemandu itu, kumpulan paling ramai dikenakan tindakan penguatkuasaan adalah Anik Rohiya selain warga Bangladesh, Indonesia, Pakistan, negara Asia Barat, India dan China.
00:30Ops Pewa oleh JPJ adalah benteng pada masyarakat supaya warga asing tidak melanggar batas undang-undang.
00:47Namun gerakan ini berdepan cabaran kerana ada gunting dalam lipatan. Ikuti perdedahannya.
01:00Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Mohamad Kifli Mahasan berkata, ada rakyat Malaysia secara suka vela menyewakan kenderaan kepada warga asing tanpa kelayakan dan dokumen sah.
01:13Menurut siasatan, caj sewaan kepada warga asing adalah RM100 hingga RM200 sebulan bagi sebuah motosikal atau kereta.
01:21Tegasnya, rakyat Malaysia yang ingkar boleh disaman.
01:25Tetapi, saman itu murah sangat. Mungkin dalam RM150, RM300. Dan berdasarkan siasatan kami, hasil daripada penyewakan ini adalah sangat lumayan.
01:39Sebab itu mereka sanggup bayar saman tersebut kerana pendapatan daripada saman tersebut adalah tinggi.
01:47Jelas Kifli, tiga kesalahan utama sering dikesan membabitkan pemandu warga asing ialah tiada lesin memandu, tiada cukai jalan dan tiada perlindungan insurans.
01:58Jadi bayangkan, kalau katakan berlaku perkara-perkara yang tidak kita ingini, contohnya berlaku kemalangan, mangsa yang dilanggar tidak akan dilindungi dan masa mangsa yang melanggar pun tidak akan dilindungi.
02:13Lebih membimbangkan, pecahan saman mengikut tahun menunjukkan tren peningkatan ketara iaitu 107,766 saman pada 2023, diikuti 143,300 saman pada 2024 dan 191,476 saman pada 2025.
02:32Jangan sudah terhantuk, baru terlengadah. Keselamatan di jalan raya, tanggungjawab semua.
02:47Ingat, tiada sesiapa yang terkecuali daripada undang-undang di Malaysia. Semua wajar memainkan peranan.
02:54Asyaf Malik dan jururkan Meri Irwan Nordin untuk S2 Awani.
Comments

Recommended