00:00Malaysia melihat China bukan sahaja sebagai rakan ekonomi utama, malah sebagai rakan strategik dalam memacu pembangunan mampan dan berdaya tahan di rantau ini.
00:10Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Fadillah Yusuf berkata, Malaysia mengalukan perlibatan lebih mendalam dengan China dalam pelaburan hijau, inovasi dan pemindahan teknologi yang menyokong tindakan iklim, sambil mewujudkan peluang ekonomi bermakna kepada rakyat.
00:24Katanya memandangkan Malaysia dan China sama-sama mengejar pembangunan rendah karbon dan berdaya tahan terhadap perubahan iklim, kerjasama dalam tenaga boleh baru, mobiliti elektrik, kecekapan tenaga dan teknologi hijau telah menjadi tonggak utama hubungan dua hala.
00:43Fadillah berkata China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia dengan hubungan ekonomi terus berkembang dari segi skala dan kualiti.
00:52Menurutnya selain perdagangan tradisional, kerjasama kedua-dua negara kini semakin tertumpu kepada sektor berorientasikan masa depan dan bernilai tinggi yang akan membentuk pertumbuhan mampan pada tahun-tahun mendatang.
01:05Mengenai pelancongan, Timbalan Perdana Menteri berkata China sejak sekian lama merupakan antara pasaran pelancongan terpenting Malaysia dan negara ini amat menggalakkan pemulihan kukuh, perjalanan serta pertukaran rakyat antara kedua-dua negara.
01:20Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Sambutan Tahun Baru China, Anjuran Kedotaan China di Malaysia di negara pada Jumaat.
01:29Terima kasih kerana menonton!
Comments