Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Polis menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM208.25 juta dalam beberapa serbuan sejak 30 Januari hingga 3 Febr lepas, di sekitar Lembah Klang.
Transcript
00:00Polis menempaskan tiga sindiket pengedaran dadah dan merampas pelbagai denik jenis dadah bernilai RM208.25 juta dalam beberapa serbuan sejak 30 Januari hingga 3 Februari lepas di sekitar Lembah Kelang.
00:15Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Husin Omar Khan berkata pihaknya menahan ketua ketiga-tiga sindiket itu bersama sembilan anggota.
00:24Dalam operasi pertama yang dijalankan pada 30 Januari lalu, pihaknya berjaya menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 40 hingga 48 tahun semasa menaiki kereta di kawasan Rehat dan Rawat, genting sempah pada 10.50 malam.
00:41Soal Siasat membawa kepada pemeriksaan sebuah kereta di Jalan Kucai Lama di Ibu Negara dan menemukan 255 bungkusan dadah di syaki metafetamin seberat 265 kilogram bernilai RM13.25 juta.
00:56Katanya suspek pertama berperanan sebagai ketua sindiket manakala dua lagi suspek bertindak sebagai transporter yang membawa dadah berkenaan dari Pantai Timur ke Lembah Kelang untuk dipasarkan.
01:09Dalam operasi berasingan di sekitar Kepung pada 31 Januari lalu, Husin berkata pihaknya menahan tiga individu berusia lingkungan 38 hingga 58 tahun dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM180 juta.
01:23Modus operan di sindiket kedua ini menjadikan rumah sewa di sekitar Lembah Kelang sebagai stor simpanan dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan dan antarabangsa.
01:34Selain itu, pada 2 dan 3 Februari, polis menahan enam individu berusia 31 tahun hingga 37 tahun melibatkan tiga lelaki tempatan, masing-masing seorang wanita tempatan dan wanita serta lelaki warga asing kerana terlibat dalam pengedaran dadah di syaki bunga ganja ke luar negara.
01:53Tangkapan pertama melibatkan tiga individu yang juga ketua sindiket dan dua warga asing di terminal utama lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur ke LIA.
02:03Pemeriksaan bagasi yang dibawa dua individu warga asing yang disyaki keldai dadah menemukan 60 bungkusan dipercayai bunga ganja seberat 33 kilogram.
02:13Mereka menyeludup bunga ganja ke United Kingdom dan menerima bayaran RM10,000 dan pakej percutian selain tiket penerbangan.
02:22Beberapa lagi serbuan melibatkan ahli sindiket itu dilakukan di Ceras, Taman Equine dan Bayan lepas Pulau Pinang.
02:30Kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Comments

Recommended