Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Gus Lamont, 4 tahun, hilang di Oak Park Station, polis fokus pada suspek yang dikenali kanak-kanak itu.
Transcript
00:00Polis Australia mengesahkan mereka telah mengenal pasti suspek dalam kes kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun di daerah pedalaman.
00:09Gas Lamont dilaporkan hilang pada 27 September lalu dari Oak Park Station, sebuah ladang terpencil di South Australia, kira-kira 350km utara Adelaide.
00:19Menurut Polis Selatan Australia, Sapol, suspek yang kini menjadi fokus siasatan adalah individu yang dikenali oleh Gas dan tinggal di ladang tersebut.
00:31Detektif Supertenden Darren Field menegaskan bahawa ibu bapa Gas bukanlah suspek dalam kehilangan ini.
00:49Polis menambah bahawa tiada bukti fizikal atau petunjuk lain yang menunjukkan Gas hanya tersesat dari rumah ladang.
00:58Field berkata suspek kini enggan bekerjasama dengan polis selepas siasatan mendedahkan beberapa pencanggahan maklumat.
01:05Pihak berkuasa menekankan usaha pencarian akan diteruskan bagi mendapatkan jawapan dan keadilan untuk Gas.
Comments

Recommended