00:00Kementerian Pertahanan Rusia mengumumkan kencata senjata selama 32 jam dengan Ukraine mula berkuat kuasa pada 4 petang waktu Moskow pada
00:07Sabtu.
00:08Kencata senjata sementara itu diumumkan pada Khamis oleh President Rusia Vladimir Putin yang telah mengarahkan markas pemerintah tentera negara itu
00:17bersiap sedia bagi melaksanakan arahan berkenaan.
00:22Putin bagaimanapun memberi amaran bahawa Moskow akan bertindak balas sekiranya Ukraine melakukan sebarang provokasi sepanjang tempoh gencatan tersebut.
00:30Beberapa jam sebelum gencatan bermula, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berkata,
00:35Kiev akan menyertai inisiatif itu dan bertindak berdasarkan prinsip tindak balas serupa.
00:40Ukraine akan mematuhi rejim bertenang ini dan akan bertindak mengikut prinsip tindak balas serupa secara ketat.
00:46Namun, Zelensky menegaskan tentera Ukraine kekal bersiap sedia di barisan hadapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
00:53Beliau berkata Ukraine telah berulang kali mencadangkan pelbagai bentuk gencatan senjata kepada Rusia dan perpandangan bahawa Easter seharusnya menjadi tempoh
01:01bertenang dan selamat.
01:02Zelensky memaklumkan bahawa prosedur operasi sepanjang gencatan telah dibincangkan bersama kepimpinan tentera Ukraine termasuk kemungkinan pelanjutan gencatan senjata melepasi tempoh
01:13Easter.
01:13Gencatan sementara ini dilihat sebagai ujian penting ke arah pengurangan konflik meskipun tahap kepercayaan antara kedua pihak kekal rapuh selepas
01:23lebih dua tahun peperangan berlarutan.
Comments