Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Kesemua 34 pelajar warga Thailand yang dikesan memasuki negara ini melalui laluan tidak diwartakan di sebuah pangkalan haram dekat Rantau Panjang pagi tadi ditahan bagi menjalani proses dokumentasi.pelajar thailand, laluan haram, sempadan malaysia thailand, sungai golok
Transcript
00:00Kesemua 34 pelajar warga Thailand yang dikesan memasuki negara ini melalui laluan tidak diwartakan di sebuah pangkalan haram dekat rantau
00:08panjang pagi tadi ditahan bagi menjalani proses dokumentasi.
00:13Komander Brigade Tenggara Pasukan Gerakan Arm PJASAC Ahmad Razi Husin berkata kesemua pelajar berkenaan belajar di sebuah sekolah menengah dan
00:22dua sekolah rendah termasuk sekolah agama.
00:26Kejadian melibatkan 22 perempuan dan 12 lelaki berusia antara 7 hingga 16 tahun.
00:32Beliau berkata berdasarkan siasatan awal polis, kumpulan pelajar itu dikesan pada sekitar 7 pagi ketika sepasukan anggota Strike Force Tiger
00:40Platon Company A Battalion 9 PGA Kuala Terengganu sedang menjalankan rondaan dan pemantauan di kawasan sempadan.
00:48Anggota bertugas telah melihat sekumpulan pelajar menaiki bot secara berperingkat dari arah Thailand sebelum menghampiri tebing sungai di pangkalan haram
00:56berkenaan.
00:57Kesemua mereka kemudian turun dari bot dan memasuki kawasan negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan.
01:03Ahmad Razi berkata kumpulan pelajar itu dibawa ke Komtek Taman Bakti untuk tujuan dokumentasi dan tindakan lanjut.
Comments

Recommended