00:00Seterus niapuan yang dipertua saya akan beralih kepada sektor mineral dan geoscience dan mula daripada soalan daripada YB Pendang yang memohon penjelasan kerajaan adakah ekspor unsur nadir bumi ataupun REE Malaysia kini terhad kepada Amerika Syarikat sahaja.
00:20Untuk maklumat ahli Alian Bahumat, perjanjian perdagangan timbal balas ataupun ART antara Malaysia dan Amerika Syarikat tidak menetapkan sebarang peruntukan atau menghadkan ekspor REE Malaysia hanya kepada Amerika Syarikat.
00:38Perjanjian tersebut tidak mewujudkan komitmen eksklusif, kewajipan pembekalan atau keutamaan pasaran yang mengikat Malaysia untuk mengekspor REE kepada mana-mana negara tertentu.
00:53Kerajaan Malaysia juga ingin menegaskan bahawa REE tidak pernah ditawarkan sebagai konsesi atau balasan dalam mana-mana rundingan perdagangan atau tarif dengan Amerika Syarikat.
01:06Selaras dengan dasar semasa negara, Malaysia masih mengekalkan larangan ekspor mentak REE bagi memastikan sumber strategik ini tidak dieksploitasi tanpa nilai tambah
01:19dan bagi menggalakkan pembangunan keseluruhan rantaian nilai industri dalam negara termasuk pemprosesan, penyelidikan dan pembangunan serta pengeluaran produk hiliran.
01:33Dasar ini digubal dengan mengambil kira kepentingan jangka panjang negara, pembahagian bidang kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri,
01:43serta keperluan memastikan pembangunan industri REE dilaksanakan secara mampan dan bertanggungjawab.
Comments