00:00Bagi industri pembuatan, terdapat aduan berhubung kekurangan bahan input utama yang berisiko menjejaskan rantaian nilai dan antara cabaran yang dikenalpasti
00:12ialah kesukaran mendapatkan bekalan alternatif dalam jangka masa singkat,
00:17di samping risiko sekatan atau kekangan daripada negara pengesport. Untuk itu, M10 pada hari ini telah bersetuju dengan tiga cadangan
00:29yang dikemukakan oleh MITI meliputi fasilitasi logistik, sokongan mitigasi risiko dan juga perluasan pasaran.
00:39Maka kerajaan juga sedang meneliti bekalan tempatan yang tersedia dan boleh digunakan oleh industri yang terjejas. Selain untuk konteks yang
00:51lain, kita memperkukuh rundingan dua hala antara kerajaan berasaskan keperluan strategi negara dan prinsip perdagangan yang saling melengkapi.
01:01Sebagai contoh antaranya kerjasama dengan Australia, tumpuan semasa ialah memastikan kesinambungan bekalan input tenaga dan pertanian termasuk keperluan Malaysia terhadap
01:15fosfat untuk pengeluaran baja dan keperluan Australia terhadap urea baja dari Malaysia,
01:22di samping komitmen bersama untuk kekalkan aliran bekalan tenaga yang stabil.
01:29Dengan China pula, tumpuan diberikan kepada langkah strategi meningkatkan bekalan resin dan nafta bagi menyokong pengeluaran peranti perubatan kritikal dalam
01:41negara.
01:41Pendekatan ini membolehkan jaminan sumber bekalan, mengurangkan risiko gangguan rantaian bekalan global dan memperkukuh keselamatan makanan, tenaga serta kesehatan negara.
01:56Terima kasih telah menonton!
Comments