00:00Tuan yang betul, hari ini anak-anak kita boleh menggunakan kecerdasan buatan atau AI untuk mencari maklumat, menyelesaikan soalan matematik,
00:08malah menyiapkan karangan.
00:10Teknologi ini memberi dan membuka banyak peluang, namun kita juga perlu bertanya, adakah anak-anak benar-benar memahami apa yang
00:18mereka pelajari atau hanya menerima jawapan yang disediakan.
00:22Yang amat berhormat Perdana Menteri mengingatkan bahawa AI mempunyai kepintaran tetapi tidak memiliki nilai dan sifat kemanusiaan.
00:31Sebab itulah beliau mengangkat ungkapan, menggapai di langit, mengakar di bumi.
00:36Saya fikir pesanan itu mesti diterjemahkan dalam sistem pendidikan kita.
00:40AI mungkin boleh membantu seorang murid menyiapkan tugasan tetapi apabila murid hilang keyakinan menghadapi masalah di rumah atau memerlukan seseorang
00:48untuk mendengar guru dan ibu bapa yang mengenali dan membingnya.
00:52Keprihatinan, kasih sayang dan pertimbangan manusia tidak boleh diserahkan kepada mesin.
00:58Berhubung pertanyaan yang berhormat merbuk, KPM sedang menggerakkan usaha melalui kurikulum, latihan guru, kemudahan digital dan pembangunan bakat murid.
01:06Tapi suka untuk saya ingatkan yang berhormat bahawa AI sama sekali tidak boleh mengambil alih tugas hakiki guru.
01:15Dalam kurikulum, panduan literasi AI KPM telah berkuat kuasa sejak 8 Mei 2026.
01:21Panduan ini menekankan penggunaan AI secara kritis, selamat dan beretika.
01:26Dan panduan ini juga, Tuan Yang Dipertua, telah menekankan bahawa tanggungjawab termasuk ibu bapa, pentadbir, guru, malah anak-anak dan
01:37komuniti bagi memastikan bahawa AI ini dipastikan dari segi penggunaannya digunakan dengan selamat.
01:43Melalui kurikulum persekolahan 2027, asas AI, akan diperkenalkan dalam mata pelajaran teknologi digital di sekolah rendah dan diperkukuh melalui mata
01:54pelajaran berkaitan di sekolah menengah.
01:56Anak-anak mesti belajar menyemak fakta, mempersoalkan jawapan yang meragukan dan menggunakan pertimbangan yang sewajarnya.
02:03Tuan Yang Pertua, saya juga ingin menegaskan bahawa bagi memastikan integrasi AI dalam pendidikan dilaksanakan secara teratur,
02:13selain daripada yang saya telah jelaskan berkaitan panduan literasi kecerdasan,
02:16kemudian diikuti dengan rancangan berkaitan Malaysia, kurikulum baru dan sebagainya itu
02:22yang memastikan bahawa anak-anak diberikan juga perdedahan awal tentang AI ini,
02:28tetapi mesti dipandu dan diberikan pedoman dalam konteks bahawa menggunakan AI itu dengan selamat dan juga beretika.
02:36Guru juga, kita tidak boleh dibiarkan menghadapi perubahan ini tanpa persediaan Tuan Yang Pertua.
02:42Jadi sebab itu, guru ketika ini kita sudah pun selesai dalam konteks memastikan bahawa latihan diberikan kepada mereka
02:51telah melibatkan 329,414 orang guru, manakala murid telah pun mencecah 1.5 juta.
03:00Jadi pendidahan ini penting kerana anak-anak diberikan pendidahan melalui STEM,
03:06pengatur caraan, robotik dan juga inovasi digital.
03:09Jadi kita juga melihat bahawa mereka bukan hanya mahu kita lihat menggunakan ciptaan orang lain,
03:16tetapi berani menghasilkan sesuatu ilmu yang mereka miliki.
03:20Tuan Yang Pertua, kita tidak boleh membiarkan anak-anak ketinggalan dalam dunia AI,
03:24tapi kita juga tidak mahu kemajuan teknologi menjadikan mereka semakin bergantung pada internet dan kurang berfikir.
03:30Teknologi akan terus berubah, namun tanggungjawab pendidikan tidak berubah.
03:33Kita mesti memastikan anak-anak tahu berfikir, berpegang pada nilai manusiawi dan mempunyai rasa peduli terhadap orang lain.
03:41Terima kasih, Datuk Yang Pertua.
03:43Soalan tambahan saya adalah berkenaan dengan berapakah jumlah dan peratusan guru yang telah menerima latihan literasi AI setakat 2026,
03:53serta apakah sasaran kementerian untuk memastikan semua guru mempunyai kompetensi minima AI sebelum menggunakan AI diperluaskan ke semua sekolah.
04:03Dan seterusnya ialah bagaimanakah dengan nasib murid-murid yang masih tercicir dan masih belum mengejar pelaksanaan keukulam yang sedia ada,
04:13hatta ada yang masih belum menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira di manakah mereka akan berada.
04:19Dan persoalan seterusnya ialah berkaitan dengan ekosistem kondisif yang menyokong pelaksanaan AI di sekolah itu sendiri,
04:26iaitu penyediaan seperti kelengkapan komputer atau gadget untuk mencapai spesifikasi minimum serta rangka internet yang stabil.
04:34Sekian.
04:35Silakan Menteri untuk menjawab.
04:37Terima kasih, Datuk Speaker.
04:39Terima kasih yang berhormat.
04:40Saya rasa soalan yang berbanyakan sangat penting.
04:43Memandangkan dalam persiapan kita, memastikan bahawa tiada anak-anak kita yang terpinggir dan tertanggal,
04:50pastilah persiapan guru itu harus diberikan tumpuan.
04:53Sebagai mana yang saya sebut tadi, ketika ini, melalui pelbagai medium guru-guru kita ini didedahkan dengan AI,
05:00baik guru-guru STEM kita dan juga guru-guru dalam bidang ataupun option yang lain,
05:05setakat ini 329,414 orang guru telahpun menerima latihan sama ada secara spesifiknya di bawah domain masing-masing
05:15ataupun secara keseluruhannya.
05:18Jadi, pendedahan kepada latihan AI ini akan dilaksanakan secara berterusan yang berhormat
05:24sehinggalah selesai kepada semua guru.
05:27Jadi, insyaAllah sedikit masa lagi semua guru ini akan selesai
05:30dan kita juga mendapat sokongan penuh daripada pelbagai platform
05:35untuk memastikan bahawa guru-guru kita ini benar-benar dilatih.
05:38Tetapi, suka untuk saya ingatkan Tuan Pertua dan melakarakan Ali yang berhormat
05:42bahawa latihan platform kita ini mesti dipastikan bahawa ia adalah yang dikawal.
05:49Jadi, sebab itu platform yang kita gunakan adalah Delima 3.0
05:53yang digunakan sepenuhnya oleh para guru dan juga para pelajar kita
05:58untuk memastikan ia adalah platform yang dikawal dan dari segi etika itu dapat kita pastikan.
06:05Yang berhormat, berkaitan soalan tentang intervensi anak-anak yang tertinggal ketika ini
06:11saya percaya yang berhormat dan Dato' Speaker bahawa soalan ini telahpun banyak KPM jawab
06:17berkali di dalam Dewan ini.
06:20Tapi, izinkan saya untuk menegaskan bahawa intervensi itu kita laksanakan secara berterusan.
06:24Sebab itu, antara perkara penting yang kita berikan tumpuan adalah memastikan bahawa
06:30intervensi ini bermula daripada awal lagi oleh para guru di dalam kelas
06:35kemudian diikuti oleh matriks pembelajaran
06:38dan diikuti dengan program-program yang telahpun disokong termasuk program anak kita
06:44yang dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan dan bersama dengan Kementerian Pendidikan.
06:49Kita melihat bahawa setiap tahun dalam aspek menyiapkan dari segi perasa rana terkait dengan digital ini
07:01antara tumpuan kita pada tahun ini adalah untuk memastikan beberapa pendekatan penting
07:07selain daripada mendedahkan anak-anak kepada teknologi dan digital ini
07:12persiapan itu sangat penting. Jadi, persiapan connectivity dengan izin Dato' Speaker
07:19persiapan kelas ketika ini kita sudah pun memiliki 27 kelas rintis AI powered classroom
07:25dengan izin Dato' Speaker.
07:27Kita juga melihat bahawa bagi anak-anak yang berada di luar pedalaman
07:34ataupun di luar bandar yang barangkali berhadapan dengan sedikit cabaran
07:38terkait dengan digital ini, maka kita telah perkenalkan dan membangunkan
07:43satu aspek pembelajaran offline yang membolehkan guru-guru ini dilatih
07:50menggunakan sepenuhnya tanpa dengan gangguan daripada isu yang terkait dengan internet ini.
07:59Jadi, persiapan kita itu yang berhormat untuk memastikan bahawa jurang itu dapat kita rapatkan
08:04dan untuk memastikan bahawa anak-anak kita ini terus diberikan perhatian
08:08khususnya selaras dengan apa yang kita hasratkan berdasarkan dasar perikan digital
08:12dan juga melihat bahawa guru-guru ini bersedia untuk melatih anak-anak kita
08:17dalam semua keadaan sekalipun. Jadi, bukan sahaja cabaran-cabaran internet itu
08:22cabaran prasarana juga, tapi usaha itu kita teruskan untuk memastikan bahawa
08:27tiada anak-anak kita yang ketinggalan. Terima kasih Dato' Yang Betul.
08:30Terima kasih Ya Menteri.
08:34Terima kasih.