00:00Seorang lelaki ahli geng Kapten Prabar yang dalam senarai dikehendaki polis kerana terlibat dalam kegiatan jenayah terancang ditahan di Bangkok menerusi operasi Jack Sparrow pada Rabu.
00:12Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M. Kumar berkata, suspek ditahan dengan bantuan pihak berkuasa negara itu dan kemudian dibawa pulang ke Malaysia.
00:22Penahanan itu, kata Kumar, dilakukan selaras dengan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Session Sepang pada 14 Januari lepas.
00:30Tangkapan terbaru itu menjadikan 18 individu yang ditahan setakat ini menerusi operasi itu.
00:37Tambahnya lagi, suspek juga sudah dituduh di Mahkamah Session Sepang pada jam 11 pagi Kamis mengikut Seksyen 130V Subseksyen 1 Kanun Kesiksaan kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
00:49Siasatan juga mendapati lelaki itu terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan parah di Subang Jaya Selangor beran lepas yang disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Kesiksaan.
00:58Dia juga disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Kesiksaan kerana memiliki senjata dalam rusuhan.
01:07Kedua-dua pertuduhan itu akan didakwa dalam masa terdekat.
01:10Pada masa yang sama, Kumar berkata polis diraja Malaysia merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa Thailand atas kerjasama erat yang diberikan.
01:18Minggu lalu, tiga ahli sindiket sama dituduh di Mahkamah Session Sepang mengikut Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas 2012 atau SOSMA.
01:29Tiga lelaki itu ditahan di Mumbai, India selepas bertindak ganas sebaik tiba di negara itu.
01:35Mereka bertindak sedemikian selepas diusir dari United Kingdom apabila pegawai imigresen di lapangan terbang Manchester yang sudah dimaklumkan mengenai status ketiga-tiga individu itu sebagai penjenayah berprofal tinggi menolak kemasukan mereka.
01:48Terima kasih telah menonton!
Comments