00:00Laporan berikutnya, aktivis masyarakat Abdul Rani Kulub Abdullah ataupun lebih dikenali sebagai Rani Kulub dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan ditidurkan di Zun Merah Hospital Chancellor Tuan Kumukhris H.U.K.M. sejak petang Rabu.
00:16Perkara tersebut disahkan sahabatnya Meja Besara Razali Zakaria menerusi satu hantaran di akaun Facebook beliau. Menerusi hantaran tersebut, Razali turut mengajak orang ramai mendoakan agar Rani Kulub diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan rawatan.
00:31Laman Facebook Ayanda Abdul Rani Kulub turut memaklumkan keadaan sama di mana Rani Kulub kini ditempatkan di Zun Merah dan ditidurkan serta meminta orang ramai mendoakan kesihatannya.
00:41Setakat ini, punca atau maklumat lanjut mengenai masalah kesihatan yang dialami Rani Kulub tidak didedahkan.
00:48Sebelum ini, dalam hantaran di Facebook, Rani Kulub memaklumkan beliau kurang sihat sejak beberapa hari lalu dan meminta peminat mendoakan kesembuhannya.
Comments