00:00Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky mendedahkan kira-kira 55,000 anggota tentera Ukraine dianggarkan terkorban di medan perang sejak konflik dengan Rusia tercetus.
00:11Katanya secara rasmi jumlah anggota tentera yang terkorban di medan perang adalah anggota profesional atau yang dikerah.
00:19Beliau berkata demikian dalam temubual bersama stesen televisyen Perancis France 2 yang disiarkan pada Rabu.
00:25Selain itu, Zelensky turut memaklumkan terdapat sejumlah besar individu yang diklasifikasikan sebagai hilang secara rasmi.
00:34Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan bilangan sebenar.
00:38Perangkaan terbaru itu menunjukkan peningkatan berbanding kenyataan Zelensky pada Februari 2025
00:43apabila beliau memaklumkan kepada rangkaian televisyen Amerika Syarikat NBC bahawa lebih 46,000 anggota tentera Ukraine terbunuh di medan perang.
00:54Konflik antara Ukraine dan Rusia yang berlarutan sejak 2022 terus mengakibatkan korban besar di kedua-dua belah pihak ketika mana usaha diplomatik antarabangsa diteruskan untuk menamatkan perang.
Comments