00:00Seorang lelaki maut manakala tujuh yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah bas ekspres dan dua buah lori di kilometer 433 Lebur Raya Utara Selatan Plus arah selatan berhampiran rawang awal pagi Rabu.
00:14Menurut penolong pengarah bagian operasi Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM Selangor, Ahmad Muklis Mukhtar, insiden melibatkan seramai 31 mangsa merangkumi penumpang bas serta pemandu dan kelindan lori yang terlibat.
00:30Beliau berkata daripada keseluruhan 31 yang terlibat, 23 mangsa tidak mengalami kecederaan serius.
00:38Dalam satu kenyataan, beliau berkata kemalangan pada jam 5.12 pagi itu melibatkan sebuah bas ekspres jenis kanya, sebuah lori bondet 10 ton dan sebuah lori trailer selain turut mengakibatkan kebakaran.
00:52Menurut beliau, bas ekspres berkenaan membawa 28 individu terdiri daripada penumpang dewasa, kanak-kanak serta dua pemandu.
01:02Seorang pemandu bas mengalami kecederaan parah selepas tersepit di dalam kenderaan, manakala beberapa penumpang lain termasuk seorang kanak-kanak perempuan mengalami kecederaan ringan.
01:12Selebihnya, tidak mengalami kecederaan serius.
01:16Kata beliau, mangsa yang maut adalah pemandu lori yang disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM kerana tersepit.
01:24Manakala kelindarnya mengalami kecederaan patah tulang rusuk dan dibawa ke hospital Sungai Buloh.
01:31Pemandu lori trailer pula mengalami kecederaan di bahagian belakang tengkuk namun menolak untuk dibawa ke hospital.
01:37Operasi menyelamat melibatkan balai bomba dan penyelamat Bukit Sentosa dengan bantuan balai bomba dan penyelamat rawang membabitkan seramai 16 anggota serta beberapa jentera penyelamat.
01:48Mayat mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala semua mangsa cedera diserahkan kepada pihak KKM.
Comments