Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Seorang pelajar Kolej Komuniti Selandar maut selepas motosikal yang ditunggang terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Bukit Tambun, Durian Tunggal di Alor Gajah, pada Rabu.
Transcript
00:00Seorang pelajar Kolej Komuniti Selanda maut selepas motosikal yang ditunggang terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Bukit Tambun, Durian Tunggal di Alugajah pada Rabu.
00:12Ketua Polis Daerah Alugajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata dalam kejadian kira-kira 7.45 pagi itu, mangsa yang berusia 20 tahun mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka.
00:26Katanya siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang pelajar terbabit dalam perjalanan dari Sungai Udang ke Kolej Komuniti Selanda sebelum melanggar bahagian belakang sebelah kanan kereta yang dipandu seorang wanita.
00:41Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal berkenaan terjatuh ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah trailer.
00:48Beliau berkata, pelanggaran berkenaan menyebabkan motosikal pelajar tersebut mengalami kerosakan teruk dan mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Melaka.
00:59Ahmad berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41-1, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nurul Salina Rosli di talian 011-2543-5507 bagi membantu siasatan.
01:20Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended