Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Jumlah transaksi yang dijana menerusi Sumbangan Asas Rahmah (SARA), kes penipuan melibatkan transaksi jual beli dan inisiatif terbaharu dalam memperluas skop perlindungan sosial adalah antara isu yang bakal dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Transcript
00:00Jumlah transaksi yang dijana menerusi sumbangan asas rahma, Sara, kes penipuan melibatkan transaksi jual-beli dan inisiatif terbaru dalam mempeluas skop pelindungan sosial menjadi antara tumpuan perbincangan di Dewan Rakyat hari ini.
00:16Menurut Aturan Mesyuarat Parlimen, isu berkenaan akan dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan yang dijadual bermula 10 pagi.
00:24Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa PH Sikijang mengajukan soalan kepada Menteri Kewangan berhubung jumlah peruntukan program Sara melalui sistem Maikasih yang dibelanjakan sepanjang 2025 serta nilai sebenar transaksi dijana dalam pasaran tempatan.
00:42Dr. Zaliha juga ingin tahu status bagi bantuan tidak dibelanjakan penerima hingga tarikh luput 31 Disember 2025 dan pelan penambahbaikan sistem bagi 2026.
00:55Dalam sesi sama, Kalam Salan PN Sabak Bernam meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan jaminan kerajaan bahawa penempatan unit transformasi masyarakat India-Malaysia di bawah kementerian itu tidak akan menjejaskan kepentingan, kebajikan serta keberkesanan pelaksanaan agenda berkaitan kaum India.
01:15Sementara itu, V. Ganabatirau PH Kelang bertanyakan kepada Menteri Perpaduan Negara sama ada kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu mekanisme atau badan penyelarasan pada peringkat nasional bagi mengurus dan menyelaras hal ewal agama selain Islam khususnya berkaitan isu tabir urus rumah ibadat, pematuhan undang-undang, mediasi konflik komuniti dan keharmonian antara agama.
01:40Pada sesi soal jawab, Datuk Rasul Wahid PN Pulu Terengganu mengemukakan pertanyaan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kosar Hidup tentang jumlah kes penipuan melibatkan transaksi jual-beli yang dilaporkan sejak 2023 hingga kini dan jumlah kes yang dikenakan tindakan mahkamah dalam tempoh itu serta jenis hukuman dikenakan.
02:02Turut tersenarai ialah soalan Datuk Seri Syah Mohd Puzi Syah Ali, BN Pekan kepada Menteri Sumber Manusia berhubung inisiatif terbaru dalam mempeluas skop pelindungan sosial kepada pekerja termasuk golongan pekerja gig, kontrak dan separuh masa yang masih terpinggir.
02:21Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 20 hari hingga 3 Mac ini.
02:25Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended