Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Perikatan Nasional membidas cadangan pelaksanaan Pilihan Raya Datuk Bandar Kuala Lumpur, dengan mendakwa langkah itu hanya mencetuskan harapan palsu dan berpotensi menimbulkan konflik perlembagaan serta kekeliruan dalam pentadbiran DBKL.
Transcript
00:00Perikatan Nasional PN berpandangan cadangan bagi pelaksanaan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur berpotensi akan memberikan harapan palsu kepada rakyat.
00:10Dalam satu kenyataan, Ketua WIPnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keputusan itu juga berisiko membuka ruang konflik pelembagaan serta kekeliruan institusi dalam pentadbiran Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur di BKL.
00:24Tegas Takiyuddin, usaha menggambarkan pilihan raya tersebut sebagai kaedah utama meningkatkan kecakapan di BKL adalah pendekatan yang terlalu simplicitik, tidak realistik dan tersasar daripada isu sebenar.
00:38Jelasnya, keberkesanan pentadbiran Bandar Raya tidak bergantung semata-mata kepada cara pemilihan kepimpinan, lantikan atau pilihan raya.
00:46Sebaliknya, ia ditentukan oleh kekuatan institusi, sistem governance yang kukuh serta budaya pengurusan yang berfungsi dengan baik.
00:52Selain itu, Takiyuddin turut berpandangan bahawa jika tujuan kerajaan benar-benar mahu meningkatkan pencapaian di BKL, tumpuan sewajarnya diberikan kepada isu pentadbiran dan governance, bukan kepada mekanisme pemilihan Datuk Bandar.
01:06Takiyuddin turut menegaskan bahawa cadangan tersebut menimbulkan persoalan perundangan dan pelembagaan yang serius.
01:12Subungan itu, beliau menjelaskan bahawa sebarang langkah ke arah pilihan raya Datuk Bandar menuntut kajian semula menyeluruh ke atas undang-undang sedia ada termasuk Akta Ibu Kota Persekutuan.
01:23Sementara itu, Ketua WIB PN itu turut menegaskan bahawa pilihan raya Datuk Bandar tidak menjamin penyapaian perkhidmatan yang lebih baik.
01:30Sebaliknya, ia boleh mewujudkan masalah baru seperti pempolitikan pentadbiran bandar, populism, pertembungan antara Datuk Bandar yang dipilih dengan kerajaan persoetuan serta ketidakstabilan dasar akibat kitaran pilihan raya.
01:43Subungan itu, PN menggesa Kementerian Wilayah Persekutuan memberi tumpuan kepada reformasi institusi, pentadbiran dan undang-undang yang lebih menyeluruh serta praktikal berbanding membawa rakyat ke arah apa yang disifatkannya sebagai eksperimen politik yang berisiko.
01:57Baik, beli tenawani berehat sekali lagi kembali selepas ini.
02:03Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended