00:00Isu demografi kaum tidak wajar menjadi alasan untuk menolak reformasi pentadbiran Kuala Lumpur, apatah lagi apabila orang Melayu kekal sebagai antara kumpulan terbesar di ibu kota.
00:12Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, polemik ini menjadi lebih rumit apabila ia dikaitkan dengan agenda politik kononnya,
00:20DAP bakal meraih keuntungan sedangkan realiti politik semasa menunjukkan perikatan nasional juga semakin berpotensi mengukuhkan pengaruh di ibu negara.
00:31Kita jangan rasa oh mungkin yang akan untung ni contohnya lah yang dimainkan-mainkan hanya DAP ataupun PH yang akan untung.
00:38Mungkin yang akan untung sebagaimana saya kata PN semakin kuat di ibu kota.
00:43Kawasan-kawasan macam kampu baru, setiawangsa pun wangsa maju, UMNO ada base yang kuat, saya tak nak pikan juga lembah pantai.
00:49Pada masa yang sama, tak mustahil kalau kita tengok trend di negara lain, dia akan naik kelompok-kelompok baru.
00:55Contohnya kumpulan parti yang nak mempertahankan kawasan hijau, kumpulan yang nak memperjuangkan pengangkutan awam, kumpulan-kumpulan anak muda, mereka juga mungkin dapat tempat.
01:05Jadi maknanya itu demokrasi lah. Jadi yang paling penting bagi saya ialah untuk kita membolehkan warga kota ni ada say.
01:15nak tentukan bagaimana pembangunan, bagaimana hala tuju ini yang sebenarnya menggusarkan warga kota.
01:22Tetapi acap kali isu ini akan diselebungi oleh isu-isu kaum.
01:28Jelas Nik Nazmi, sebarang pembaharuan tidak semestinya dilaksana secara tergesa-gesa.
01:34Sebaliknya boleh dimulakan dengan mewujudkan sistem ahli majlis bagi mengehadkan kuasa Dato' Bandar.
01:39Paling minimal lah. Paling minimal kalau rasa pilihan raya secara langsung ataupun pilihan raya ahli majlis ni pun menakutkan
01:47sekurang-kurangnya wujudkan sistem ahli majlis dalam KL supaya Dato' Bandar itu tidak hampir berkuasa penuh.
01:56Perdana Menteri pun banyak hal dia kena bawa. Dia tak ada kuasa mutlak. PM kena bawa ke Kabinet untuk dibincang dan dia kena jadi keputusan Kabinet
02:05kolektif responsibility. Sama macam Menteri Besar. Jadi kita minta perkara yang sama dalam hal ini untuk tak baik urus.
02:13Jadi soal accountability saya rasa paling kurang kita kena ada sistem ahli majlis.
02:17Dan ini telahpun disyurkan oleh PAC bukan diketuai oleh DAP, bukan diketuai oleh PKR tetapi diketuai oleh PN sendiri
02:25dan dianggotai oleh PN, BN, GPS dan juga PH.
02:30Katanya ketika ini Dato' Bandar Kuala Lumpur mempunyai kuasa pentadbiran yang sangat besar termasuk mengurus bajet hampir RM3 bilion setahun
02:39tanpa mekanisme semak dan imbang yang jelas seperti di peringkat negeri atau persekutuan.
02:45Beliau merumuskan kelemahan struktur sedia hari ini menyebabkan warga kota tidak mempunyai saluran langsung
02:51untuk menyuarakan pandangan terhadap hala tuju pembangunan bandar dihimpit pula dengan peranan wakil rakyat
02:57yang terhad disifatkannya sebagai sekadar orang tengah.
Comments