Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kerajaan akan memberi fokus terhadap kenderaan elektrik mewah yang dimport, manakala EV murah kekal dihasilkan syarikat tempatan.
Transcript
00:00Kemasukan kenderaan elektrik EV yang diimport ke Malaysia akan ditumpukan kepada segmen mewah bagi memastikan industri automotif tempatan terus terpelihara dan mengelak pasaran di banjiri kenderaan murah.
00:14Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pengeluar yang ingin memasuki pasaran Malaysia harus menawarkan EV berkelas tinggi,
00:23manakala kenderaan harga rendah dan sederhana akan terus dibangunkan oleh syarikat tempatan.
00:30Banyak daripada komponen-komponen ini, kita banyak masih lagi import.
00:35So over the period of time, kita nak kena tengok macam mana negara kita ini boleh menjadi satu hub untuk eksport all this komponen-komponen dengan kita berjalan sekali sama dengan kita punya car manufacturing.
00:50Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Proton E-Must 7 PHEV pada Rabu.
00:56Johari berkata pencapaian jumlah volum industri TIV negara pada 2025 mencatat rekod tertinggi iaitu 820,752 unit menunjukkan pemulihan kukuh pasca pandemik.
01:10Selain itu, perkembangan pesat pasaran kenderaan elektrik dan hybrid XEV menunjukkan perubahan pilihan pengguna dengan jualan XEV meningkat 52% tahun lalu.
01:19XEV kini merangkumi 8.5% daripada jualan kereta baharu dan kerajaan sedia mendengar cadangan industri bagi teknologi hybrid bagi membangunkan ekosistem automotif tempatan yang mampan.
01:32Terima kasih atas menonton!
Comments

Recommended