00:00Bagi membendung kebakaran tanah gambut yang berlaku di beberapa kawasan di Johor, susulan cuaca panas dan kering,
00:07kerajaan negeri mengarahkan pelaksanaan pelbagai langkah pemadaman secara agresif dan bersepadu.
00:14Menteri Besar Johor Dato' On Hafiz Ghazi berkata kaedah total flooding, pembinaan firebreak serta penggunaan pump tekanan tinggi dilaksanakan bagi mengelakkan api merebak bawah tanah.
00:25Jelas On Hafiz tambahan bekalan air turut digerakkan segera melalui pengepaman berterusan dari sumber berhampiran ke sistem parit ladang dan tangki simpanan bagi memastikan operasi pemadaman dapat dijalankan tanpa gangguan.
00:41Sistem pump perparitan turut diaktifkan sepenuhnya bagi mengurangkan kebergantungan kepada penghantaran air secara ulang-alik.
00:48Operasi pemadaman ini dilaksanakan 24 jam tanpa henti di lokasi terjejas termasuk Bakri Batu 13 dan 14 di Muar, Bayu Desaru di Tanjung Balau serta Sungai Linau, Simpang Renggam, melibatkan lebih 300 anggota pelbagai agensi penyelamat dan penguatkuasa.
01:06Selain memastikan keadaan pulih secepat mungkin.
Comments