Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Transcript
00:00Tiga kanak-kanak termasuk dua adik-beradik disahkan mati lemas setelah terjatuh ke dalam kolam kumbahan di Sibu pada petang rabu.
00:18Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektare tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan Sabah, Kalimantan adalah tidak benar dan merupakan satu penipuan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
00:34Dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Magistret Johor Bahru atas tuduhan membunuh seorang lelaki yang juga seorang daripada enam mangsa dalam kes pembunuhan kejam di sebuah rumah dalam ladang kelapa sawit September lalu.
00:46Premis makanan yang didakwa mencuci lebihan makanan untuk dimasak dan dijual semula telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan diarahkan tutup selama 14 hari.
00:58Kerajaan tidak pernah membuka peluang untuk ekspatriat mendapat kewarganegaraan menerusi program Malaysia Rumah Kedua Q MM2H.
01:05Rakyat Kelantan akan menikmati kemudahan bekalan air yang menyeluruh menjelang tahun 2050 apabila kerajaan negeri menyasarkan untuk menyelesaikan sepenuhnya masalah itu.
01:17Seramai 12 penyokong selangguh FC didakwa di Mahkamah Magistret Kuala Terengganu kerana memiliki dan menyalah guna dadah.
01:24Anak lelaki kepada bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi Saif Al-Islam Gaddafi dilaporkan meninggal dunia pada selasa.
01:32Tetsuya Yamagami penembak bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe sehingga maut pada 2022 memfailkan rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup yang dijatuhkan ke atasnya.
01:44Indonesia meneruskan rancangan untuk membangunkan perkampungan Jemaah Haji Indonesia di Arab Saudi.
01:50Sampai jumpa di video selanjutnya.
Comments

Recommended