Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Dasar Kebangsaan Penyakit Jarang Jumpa di Malaysia merupakan langkah memperkukuh ekosistem penjagaan kesihatan negara dalam menangani penyakit tersebut secara lebih tersusun dan mampan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata dasar itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan penyakit jarang jumpa tidak lagi dianggap isu terpinggir, sebaliknya diangkat sebagai agenda arus perdana.
Transcript
00:00Dasar Kebangsaan Penyakit Jarang Jumpa di Malaysia merupakan langkah memperkukuh ekosistem penjagaan kesihatan negara dalam menangani penyakit itu secara lebih tersusun.
00:11Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Zulkifri Ahmad berkata ia mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan penyakit jarang jumpa tidak lagi dianggap isu terpinggir, sebaliknya diangkat sebagai agenda arus perdana.
00:24Menurut beliau, Dasar Ini menyediakan kerangka menyeluruh meliputi pengukuhan tak diurus klinikal, peningkatan diagnosis awal, peluasan akses rawatan termasuk bekalan ubat orphan serta pembangunan kapasiti tenaga kerja kesihatan.
00:54Dan sebagainya, ini adalah satu realiti yang pahit yang perlu kita telan untuk sementara ini.
01:02Komitmen kita melangkaui sempadan negara dan sebagai pengurusi ASEAN 2025 ataupun 2026, Tuan Rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN EHMM 2026, Malaysia akan memacu agenda penyakit jarang jumpa ini.
01:19Jadi sekali lagi saya sebutkan, no life is too small to matter. No life is too small to matter. No, tiada nyawa yang terlalu kecil untuk diberikan perhatian.
01:30Jelasnya, kira-kira 12,000 pesakit melibatkan hampir 500 jenis penyakit jarang jumpa di Malaysia sedang menerima rawatan di hospital kerajaan.
01:40Namun, angka sebenar dijangka lebih tinggi berikutan masih terdapat pesakit yang belum didiagnosis.
01:47Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran dasar berkenaan yang diadakan bersempena sambutan Hari Penyakit Jarang Jumpa Kebangsaan 2026 di Hospital Tunku Azizah di Ibu Negara pada Rabu.
02:00Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended