Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Jabatan itu turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengutamakan keselamatan makanan dengan mengamalkan “perhati dan pilih” semasa memilih premis makanan serta “lihat, hidu, rasa” kerana ia langkah paling mudah untuk mengelakkan keracunan makanan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Premis makanan yang didakwa mencuci lebihan makanan untuk dimasak dan dijual semula telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan diarahkan tutup selama 14 hari bermula selasa.
00:12Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan JKNNS dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan arahan penutupan premis tersebut dilakukan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 serta pengeluaran notis kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
00:32Menurut kenyataan itu, pada hari ketiga pihak penguatkuasa akan membuat pemeriksaan semula sama ada tindakan telah diambil.
00:39JKNNS berkata, pemilik pengusaha dan pengendali makanan wajib memastikan aspek keselamatan makanan terjaga.
00:48Orang ramai pula perlu mengamalkan perhati dan pilih semasa memilih premis makanan.
00:53Langkah lihat, hidu dan rasa adalah cara paling mudah untuk mengelakkan keracunan makanan.
00:58Pada selasa tular di Facebook, apabila seorang pengguna memuat naik rakaman dan gambar memaparkan seorang pekerja kedai dipercayai sedang membasuh lebihan makanan seperti ayam dan daging untuk digunakan semula keesokan harinya.
01:13Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended