Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka mengenal pasti sebuah kilang disyaki menjadi punca pencemaran air berwarna hitam di kolam tadahan banjir Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, baru-baru ini.
Transcript
00:00Jabatan Alam Sekitar JAS Melaka mengenalpasti sebuah kilang yang disyaki menjadi punca pencemaran air sungai sepanjang 10km di Bukit Rambai bertukar hitam dan berbau busuk.
00:14Pengarahnya Rosli Mustafa berkata, siasatan awal mendapati air berwarna hitam itu berkemungkinan berpunca daripada pelepasan sisa cecair oleh sebuah kilang memproses buangan terjadwal.
00:26Katanya JAS mengambil langkah segera dengan mengarahkan pemberhentian serta-merta sebarang aktiviti pelepasan yang boleh menyebabkan pencemaran kepada kilang memproses buangan terjadwal berkenaan.
00:40Tindakan penguatkuasaan turut diambil selaras dengan peruntukan Akta Kualiti Alam Sekililing 1974.
00:47Mengulas lanjut katanya, keputusan itu diperoleh selepas beberapa siri siasatan lanjut dan aktiviti pemantauan intensif dijalankan bagi mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab mengalirkan sisa tersebut ke dalam kolam tadahan banjir berkenaan.
01:02Jelasnya JAS Melaka tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan mencemar alam sekitar dan akan terus menjalankan pemantauan rapi serta tindakan tegas bagi memastikan kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan orang awam sentiasa terpelihara.
01:18Tambahnya orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan berkaitan pencemaran alam sekitar diminta menghubungi hotline JAS di 1800 88 27 27.
01:32Laporan sebelum ini mendedahkan pencemaran air sepanjang kira-kira 10km sungai di kawasan Bukit Rambai telah menjejaskan aktiviti harian hampir seribu penduduk dari empat buah kampung.
01:44Ia selepas air sungai bertukar hitam dan berbau busuk dipercayai berpunca daripada pelepasan sisa industri ke kolam tadahan banjir berkenaan sebelum mengalir ke beberapa anak sungai utama.
01:57Susulan itu satu jawatan kuasa tindakan khas ditubuhkan melibatkan pelbagai agensi bagi menyelaras pemantauan, pengambilan sampel air serta tindakan pemulihan segera bagi mengelakkan pencemaran berterusan dan menjejaskan lebih banyak kawasan.
02:14Terima kasih.
02:15Terima kasih.
Comments

Recommended