Skip to playerSkip to main content
  • 16 minutes ago
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita dan kecewa dengan insiden membakar suar yang didakwa membabitkan penyokong Selangor FC di Jambatan Angkat Kuala Terengganu, pada 1 Februari lalu.
Transcript
00:00Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya Zafitri Yusof. Ini adalah Buletin Awani.
00:04Sultan Selangor, Sultan Syarafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukecita dan kecewa
00:10dengan insiden membakar suar yang didakwa membabitkan penyokong Selangor FC
00:16di Jambatan Angkat Kuala Terangganu pada ahad lalu.
00:20Baginya sebagai penanggung Selangor FC tidak berkenan dengan kegiatan tidak bermoral
00:24seperti budaya samseng dan gangsterism yang kian menular dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan
00:31khususnya yang memakai jersi pasukan Selangor FC.
00:37Sultan Syarafuddin mahu pihak polis mengenalpasti dalang di sebalik insiden tersebut
00:42dan menegaskan bahawa mereka yang didapati bersalah perlu dikenakan hukuman maksimum
00:47serta setimpal mengikut peruntukan undang-undang sebagai pengajaran kepada penyokong lain
00:52agar kejadian seumpamanya tidak berulang.
00:55Baginda menyeru semua penyokong Selangor FC agar sentiasa mengawal tingkah laku
00:59serta menjaga nama baik pasukan dan negeri Selangor di mana sahaja berada.
01:05Baginda turut mencadangkan agar penyokong Selangor FC yang disabitkan kesalahan
01:09kerana menimbulkan kekacauan diharamkan daripada memasuki stadium
01:13untuk menyaksikan mana-mana perlawanan membabitkan pasukan itu.
01:17Seramai 33 penyokong Selangor FC direman atas kesalahan memiliki dan positif dadah
01:23serta mengganggu tugas penjawat awam berhubung kekecohan
01:27yang berlaku di Jambatan Angkat Kuala Terengganu dalam kejadian pada ahad.
01:32Ketua Polis Terengganu, Datuk Muhammad Khairi Khairuddin berkata
01:35daripada jumlah itu, 21 individu didapati positif dadah
01:39terhasil ujian saringan air kencing dan ditahan di bawah Seksyen 15
01:43dalam kurungan 1A Akta Dadah Berbahaya 1952.
Comments

Recommended