00:00Penganjuran sesebuah festival di peringkat negeri dan kebangsaan dilihat mampu diserikan lagi dengan penglibatan komuniti tempatan.
00:08Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara JKKN, Muhammad Amran Muhammad Haris, penglibatan ini boleh dirujuk menerusi penglibatan menyeluruh komuniti di Perlis dalam Penganjuran Pesta Angin Timur P.A.T. Perlis bagi edisi terdahulu.
00:23Tambahnya penglibatan tersebut turut membuahkan hasil buat komuniti tempatan yang dapat meningkatkan mutu pendapatan mereka dari produk buatan komuniti yang dikomersialkan.
00:35Dua kali kita buat Malaysia Book of Record yang melibatkan komuniti setempat. Antaranya pembuatan sambal belacan terbanyak, hampir seribu orang. Itu kalau tak siap saya tahun 2018 ke 2017 lebih kurang lah.
00:50Dan dua tahun lepas kita buat Malaysia Book of Record untuk pembuatan garam belacan. Itu pun melibatkan hampir seribu lebih komuniti.
01:01Jadi kalau kita lihat, rakyat negeri Perlis sebenarnya mengalu-alukan, dia looking forward untuk pastikan Pesta Angin Timur ini dapat dianjurkan setiap tahun.
01:13Sebab limpahan ekonomi ataupun limpahan kepada program ini bukan hanya diperolehi oleh setengah-setengah pihak sahaja.
01:20Tetapi komuniti setempat itu sendiri, bila mereka diberi ruang untuk mengadakan jualan, makan minum dan sebagainya.
01:27Jadi ini memberikan satu kelebihan dan juga penglibatan secara tidak langsung komuniti setempat di dalam penganjuran program.
01:36Beliau memberikan pandangan tersebut dalam rancangan Awani Pagi pada Selasa mengulas mengenai Penganjuran Pesta Angin Timur Perlis 2026.
01:43Sementara itu, beliau terumaklumkan bahawa penganjuran Pesta ini merupakan pembuka tirai program pelancongan budaya sempena Tahun Melauk Malaysia 2026 atau VM 2026.
01:54Tambah Muhammad Amran, program berkenaan turut akan disediakan dengan kehadiran Raja Perlis, Tuanku Syed Syed Rajuddin Jamalul Lail
02:00yang akan menyempurnakan perasmian bagi penganjuran PAT 2026 ini.
02:04Selain itu, Muhammad Amran terumaklumkan pelbagai aktiviti menarik turut disediakan buat pengunjung
02:09termasuk acara Tarik Tali, Mat Challenge dan Majlis Kerohanian untuk Umat Islam.
02:15Penganjuran bagi Pesta Angin Timur PAT Perlis 2026 ini akan berlangsung di dataran lapang Kanga Jaya, Perlis bermula 6 Februari hingga 8 Februari 2026.
Comments