Skip to playerSkip to main content
  • 34 minutes ago
Kerajaan Venezuela dan Kedutaan AS mengesahkan pertemuan antara Presiden sementara Delcy Rodriguez dan duta AS Laura Dogu di Miraflores, menandakan langkah awal pemulihan hubungan dua hala yang terputus sejak 2019. Menteri Luar Yvan Gil berkata perbincangan meliputi agenda tenaga, perdagangan, politik dan ekonomi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Venezuela dan AS mengambil langkah awal memulihkan hubungan diplomatik selepas terputus sejak 2019.
00:07Kerajaan Venezuela mengesahkan Presiden Interim Delcy Rodriguez telah bertemu utusan AS Laura Dogo di Istana Miraflores
00:16bagi membincangkan agenda kerja antara Republik Bolivar Venezuela dan AS.
00:24Menteri Luar Venezuela Ivan Gil dalam kenyataan di televisyen negara berkata,
00:28perbincangan meliputi agenda bersama termasuk kerjasama tenaga, hubungan perdagangan, isu politik dan perkembangan ekonomi dua hala.
00:36Es una etapa de trabajo, es una revisión exhaustiva de todas las vías de cooperación
00:44que vamos a estar desarrollando en los próximos meses,
00:49en esta etapa donde el gobierno bolivariano ha sido enfático de poder construir una agenda productiva,
00:58una agenda de paz, una agenda de respeto, una agenda que calce a la perfección con los postulados del derecho internacional,
01:08de la carta de Naciones Unidas, de la soberanía de nuestros estados.
01:12Pertemuan ini adalah langkah paling signifikan ke arah normalisasi hubungan
01:16sejak Washington memutuskan hubungan diplomatik dengan Caracas pada 2019.
01:21Pemulihan hubungan ini berlaku ketika suasana geopolitik serantau kembali tegang
01:26sesulang penangkapan bekas Presiden Venezuela, Nicolás Maduro, oleh AS pada Januari lalu.
01:33Walaubagaimanapun, kedua pihak menyatakan kesediaan untuk meneruskan dialog
01:36sebagai asas pembentukan semula hubungan diplomatik.
Comments

Recommended