Skip to playerSkip to main content
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata konsep pemilihan Datuk Bandar bukan sesuatu yang baharu malah ia adalah usaha ke arah pendemokrasian dan masih lagi berada di peringkat kajian untuk melihat kebolehlaksanaan. #AWANInews
Transcript
00:00Hari ini cakap bahasa. Itu hanya kajian. Kajian berkenaan dengan apa yang dicadangkan oleh Menteri Wilayah hanya kajian untuk pelaksanaan pemilihan ataupun pilihan raya Dato' Bandar.
00:13Jadi saya tak nampak ada apa-apa kontroversi. Itu hanya satu cadangan untuk mengadakan kajian. Melihat sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak.
00:22Konsep pemilihan Dato' Bandar ini bukannya perkara baru pun di seluruh dunia. Banyak negara-negara demokrasi memang ada pilihan raya Dato' Bandar.
00:32Jadi saya lihat bahawa ini bukan isu DAP. Ramai juga pihak lain telah pun mencadangkannya termasuk saudara Khairija Marudin.
00:41Yang baru-baru ini dalam satu forum beliau secara terbuka mengatakan bahawa Kuala Lumpur sepatutnya ada pemilihan Dato' Bandar supaya ada lebih banyak accountability.
00:51Dan ramai ahli parlimen dekat Kuala Lumpur termasuk daripada keadilan termasuk Nik Nazmi pun menyokong usaha kearah pendemokrasian DBKL.
01:02Jadi DBKL ini merupakan satu kerajaan tempatan yang besar. Dia tak seperti negeri-negeri lain.
01:08Kalau negeri-negeri lain majlis bandar raya mereka ini mereka dipilih oleh kerajaan negeri.
01:13Dilantik oleh kerajaan negeri. Jadi kerajaan negeri memang dipilih oleh rakyat.
01:17Tetapi di DBKL ini dia tak ada pemilihan apa-apa sebab dia dilantik oleh kerajaan persekutuan.
01:24Dato' Bandar dilantik oleh Putuan Agung lah melalui kerajaan persekutuan.
01:29Jadi ini yang kita menyatakan bahawa ada usaha untuk kearah pendemokrasian untuk DBKL.
01:36Jadi ini hanya satu kajian yang perlu dilakukan untuk melihat keboleh laksanaannya.
01:41Jadi tak perlulah mana-mana pihak cuba polemikkan.
01:44Ini satu kajian sahaja. Jadi kajian kita bincanglah.
01:48Sama ada pros atau cons dia. Pros and cons dia. Ada kelebihan dia. Ada kekurangan dia.
01:52Perkara-perkara ini tidak perlu diperbesar-besarkan.
01:56Kerana belum pun dilaksanakan.
01:58Dia hanya setakat satu kajian sahaja di peringkat DBKL.
02:03Sampai jumpa di video selanjutnya.
Comments

Recommended