Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Hampir sejuta batang rokok seludup bernilai RM640,000 dirampas di Tumpat selepas penyeludup melarikan diri ke Thailand. Maritim Kelantan terus perketat kawalan cegah penyeludupan di perairan negara.
Transcript
00:00Hampir 1 juta batang rokok seludup bernilai lebih RM640,000 berjaya dirampas selepas barangan tersebut ditinggalkan oleh penyeludup di Tebing Sungai Golok pada 31 Januari lepas.
00:13Menurut pengarah Maritim Kelantan, Kapten Maritim Erwansyah Soadi, rampasan itu dibuat pada jam 1.30 pagi di kawasan Tumpat selepas melihat sebuah bot pancong dari Thabai, Thailand menuju ke Tebing Sungai di Tumpat.
00:26Bila aset kita keluar, dia memang terus lari seberang sempadan di Thailand lah.
00:37So, kita jumpa lebih kurang 94 peti rokok kotak putih yang mengenungi lebih kurang 940,000 batang rokok dengan nilai anggaran lebih kurang RM640,000.
00:52Semua barang rampasan, kita citar.
00:55Dalam sidang media, Irwan menjelaskan tiada tangkapan berjaya dilakukan kerana penyeludup berjaya melarikan diri ke negara jiran.
01:0394 buah kotak mengandungi rokok seludup itu ditinggalkan di Tebing Sungai.
01:09Kesemua rampasan berkenaan disita dan akan diserahkan kepada pihak kastam mengikut Akta Kastam 1967.
01:15Pihak Maritim Kelantan akan terus mempergiatkan usaha mengekang penyeludupan barangan terlarang yang menggunakan laluan laut di perairan Laut China Selatan.
Comments

Recommended