Skip to playerSkip to main content
  • 33 minutes ago
Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri AS, Kristi Noem, mengarahkan semua pegawai penguat kuasa di Minneapolis memakai kamera badan serta-merta susulan protes besar berhubung dua kematian melibatkan ejen imigresen. Presiden Donald Trump berkata keputusan itu dibuat oleh Noem, dan beliau menyokong penggunaan kamera badan sebagai langkah ketelusan. Program dijangka diperluas ke seluruh negara.
Transcript
00:00Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, DHS, mengarahkan penggunaan kamera badan secara serta-merta untuk semua pegawai penguatkuasa undang-undang di Minneapolis.
00:12Situsa Keselamatan Dalam Negeri, Christine Noam berkata arahan itu dibuat selepas perbincangan bersama pemangku czar sempadan Tom Homan serta pengarah penguatkuasaan imigresen dan kastam serta pesuruh jaya kastam dan perlindungan sempadan.
00:26Langkah itu dibuat ketika protes semakin memuncak, susulan dua insiden tembakan maut melibatkan ejen imigresen Alex Petty dan Renee Nicolgood.
00:35Noam berkata program penggunaan kamera badan akan diperluaskan ke seluruh negara apabila peruntukan tersedia.
00:42Sementara itu, Presiden Donald Trump berkata keputusan itu dibuat oleh Noam dan beliau tidak mengarahkannya.
00:48Namun menegaskan kamera badan membawa kebaikan kepada penguatkuasaan undang-undang.
00:51Pihak DHS dijangka mengumumkan pelan pengagihan kamera badan nasional dalam masa terdekat.
Comments

Recommended