Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
LHDN mengesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilaporkan melalui semakan audit susulan pelaksanaan sistem e-Invois bermula 1 Ogos 2024.
Transcript
00:00Lembaga hasil dalam negeri LHDN mengesan sebanyak RM1.4 bilion pendapatan tidak dilaporkan menerusi semakan sistem e-invoice yang bermula pada 1 Ogos 2024.
00:13Menurut LHDN, dalam satu kenyataan, lebih 500 ribu kes berpotensi dikenalpasti menunjukkan corak keupayaan kewangan yang tinggi namun tidak sepadan dengan rekod percukaian termasuk individu yang langsung tidak melaporkan pendapatan mereka kepada LHDN.
00:30Jelas lembaga tersebut lagi semakan audit dan peringatan juga telah dikeluarkan bagi menggalakkan pembayar cukai membuat pengakuan secara sukarela.
00:40Namun sehingga kini sebanyak 17,188 pembayar cukai yang sebelum ini tidak mengemukakan borang nyata cukai pendapatan tampil melaporkan pendapatan tahun taksiran ke belakang berjumlah RM1.4 bilion yang menyumbang RM290 juta hasil cukai kepada kerajaan.
00:58Menurut LHDN, sejak pelaksanaan e-invoice, seramai 184,325 pembayar cukai telah mengemukakan e-invoice dengan jumlah pengeluaran melebihi 979 juta e-invoice.
01:14LHDN menyatakan bahawa tindakan tersebut menunjukkan tahap penerimaan yang baik termasuk dalam kalangan perusahaan, mikro kecil dan sederhana.
01:23Sementara itu, LHDN turut menjelaskan bahawa berdasarkan maklumat yang diperoleh, pihaknya telah mengenalpasti pembayar cukai yang masih tidak melaporkan pendapatan untuk tindakan pengakkuasaan bagi memastikan keadilan kepada pembayar cukai yang patuh.
01:39Dalam kenyataan sama, LHDN mengingatkan semua pembayar cukai supaya memastikan maklumat percukaian dikemukakan secara tepat, lengkap dan terkini bagi mengelakkan penalti lebih berat serta tindakan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
01:55Terima kasih.
Comments

Recommended