Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Cadangan untuk mengkaji pelaksanaan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur bukan perbincangan dibawa DAP semata-mata.
Transcript
00:00Cadangan untuk mengkaji pelaksanaan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur bukan perbincangan di bawah DAP semata-mata, malah ada figura politik lain yang turut membangkitkan saranan berkenaan.
00:12Menteri Pengangkutan Anthony Luk berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Padana Menteri Wilayah Persekutuan Hanayoh berhubung satu kajian dijalankan mengenai pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur.
00:23Ramai juga pihak lain telah pun mencadangkannya termasuk saudara Khairija Marudin yang baru-baru ini dalam satu forum beliau secara terbuka mengatakan bahawa Kuala Lumpur sepatutnya ada pemilihan Datuk Bandar supaya ada lebih banyak accountability dan ramai ahli parlimen dekat Kuala Lumpur termasuk daripada keadilan termasuk Nik Nazmi pun menyokong usaha ke arah pendemokrasian di BKL.
00:51Tambah Anthony, kajian ini bukan sesuatu yang kontroversi memandangkan konsep pemilihan Datuk Bandar diamalkan oleh kebanyakan negara demokrasi lain di seluruh dunia.
01:03Dia tak seperti negeri-negeri lain. Kalau negeri-negeri lain, majlis bandar raya mereka ini mereka dipilih oleh kerajaan negeri, dilantik oleh kerajaan negeri.
01:13Jadi kerajaan negeri memang dipilih oleh rakyat. Tetapi di BKL ini dia tak ada pemilihan apa-apa sebab dia dilantik oleh kerajaan persekutuan.
01:23Datuk Bandar dilantik oleh Ketua Nagung melalui kerajaan persekutuan.
01:28Jadi ini yang kita menyatakan bahawa ada usaha untuk ke arah pendemokrasian untuk di BKL.
01:35Jadi ini hanya satu kajian yang perlu dilakukan untuk melihat keboleh laksanaannya.
01:41Jadi tak perlulah mana-mana pihak cuba polemikan. Ini satu kajian sahaja.
01:44Jadi kajian kita bincanglah sama ada pros atau cons dia, ada kelebihan dia, ada kekurangan dia.
01:52Perkara-perkara ini tidak perlu diperbesarkan kerana belum pun dilaksanakan.
01:57Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau operasi di Terminal Bersepadu Selatan di Ibu Negara pada Selasa.
Comments

Recommended