Skip to playerSkip to main content
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata JPJ Cawangan Bandar Sri Permaisuri akan berpindah di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) bagi menambah keselesaan pengguna. #AWANInews
Transcript
00:00JPJ Cawangan Bandar Tasik Selatan akan berpindah ke Terminal TBS ini pada bulan Mac akan datang.
00:22Tadi saya meninjau ruang yang telah pun disediakan lebih selesa kepada pengguna kerana JPJ di Bandar Sri Permaisuri sekarang ini dia berada dalam kedai rumah kedai yang tidak begitu selesa dan selalu menyebabkan kesesakan di kawasan tersebut.
00:43Jadi kita telah membuat keputusan untuk memindah ke TBS dan TBS ini dia ada ruang pakir yang lebih banyak dan bersepadu dengan pengangkutan awam maka pengguna dan juga orang ramai juga boleh menggunakan pengangkutan awam untuk datang ke TBS untuk pengurusan dengan JPJ.
01:00Dan konsep yang kita nak bawa dalam pejabat-pejabat baru JPJ ini dia adalah pejabat modern. Dia tak seperti pejabat konvensional JPJ. Dia pejabat yang lebih mesra kepada pengguna dan kita sudah tentu akan memberikan satu ruang perkhidmatan yang jauh lebih selesa kepada orang ramai.
01:21akan berkonsepkan customer service macam dimasuk ke bank ataupun masuk ke pejabat-pejabat ataupun kedai-kedai telekomunikasi, telcos dan juga ada kios.
01:34Maksudnya dia banyak urusan boleh disediakan ataupun boleh diurusan melalui kios ataupun tanpa tunai dan ada ruang-ruang kaunter yang customer friendly.
01:45Jadi ini konsep baru yang kita cuba nak bawa dan kita harap ia dapat dibuka kepada orang ramai menjelang awal bulan Mac nanti.
01:54Jadi ini beberapa perkara yang saya nak maklumkan kepada orang ramai.
Comments

Recommended