Skip to playerSkip to main content
Pedas, masam, wangi daun limau purut. Sambal Sotong Cumi ni kalau makan dengan nasi memang susah nak berhenti.

SAMBAL SOTONG CUMI

Bahan-bahan:

200gm sotong cumi | direndam air panas
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji tomato
2 tangkai cili besar merah
6 tangkai cili padi
2 inci belacan
3-4 helai daun limau purut
½ sudu kecil pes asam jawa
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk perasa
½ biji perahan limau nipis | optional

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #sambalsotongcumi #minitekspress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Saya dah jumpa satu resepi yang sedap dimakan dengan nasi lemak, sambal sotong cumi.
00:04Mula-mula kita kisah halus bawang besar, bawang putih, tomato, cili besar, cili padi dan belacan.
00:11Tambahkan air secukupnya, biar betul-betul hancur baru sambal kita sedap.
00:16Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisah tadi sampai naik bahu dan betul-betul garing.
00:22Bila minyak dah naik atas sambal, itu tandanya sambal kita dah masak cantik.
00:26Masukkan daun lima purut, buang bahagian tengah tu barulah tak pahit, aroma pun jadi lebih wangi.
00:33Sekarang masukkan sotong cumi. Sotong cumi ni tadi saya rendam dalam 30 minit untuk lembutkan dan saya buang tulang-tulang tu.
00:39Masak sotong cumi ni sekejap je, jangan lama sangat takut nanti liat.
00:42Kacau-kacau-kacau, masukkan pis asam jawa.
00:46Gaul sekejap, kemudian perasakan dengan garam dan sebut perasa.
00:50Gaul sampai sambal selalu elok pada sotong.
00:52Perahkan sedikit limau nipis untuk bagi rasa lebih segar pada sambal kita.
00:59Gaul-gaul-gaul dan dah siap sambal sotong cumi kita, pedas, wangi dan menyengat.
01:04Confirm makan bertambah.
01:05Serius makan dengan nasi lemak memang sedap.
01:08Jangan lupa tonton aksi kami memasak dalam TikTok Live setiap serasa dan kamis jam 11 pagi.
01:12Selamat mencuba, ingat makan, ingat rasa.
01:15Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended