Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Seorang nelayan berusia 77 tahun ditemukan lemas selepas terjatuh ke laut ketika memasang jaring di Yard Kampung Tanjung Che Lahom, Pengerang. Barangan peribadi dan bot milik mangsa ditemui hanyut dengan enjin masih hidup. Mangsa ditemukan pada 7.20 malam kira‑kira 200 meter dari pesisir pantai. Operasi SAR ditamatkan pada 7.55 malam.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang nilaian tempatan berusia 77 tahun ditemukan lemas selepas terjatuh ke laut ketika sedang memasang jaring di Yad Kampung Tanjung Cik Lahum petang semalam.
00:10Komando Operasi Pegawai Bomber PB Roger Ribut berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.51 tengah hari sebelum sebuah jentera dari Balai Bomber dan Penyelamat BBP Sungai Renggit digerakkan ke lokasi.
00:22Polis maklumkan bahawa mangsa dipercayai terjatuh ketika menjalankan kerja masang jaring di kawasan Limbungan.
00:27Menurut polis, barangan peribadi dan bot milik mangsa ditemui hanyut berhampiran sebuah kapal kuari dengan enjin masih hidup.
00:35Operasi mencari dan menyelamat SAR menggunakan bot aluminium, unit drone dan pencarian menyusuri penyisir pantai.
00:41Mangsa ditemukan orang awam pada 7.20 maram, kira-kira 200 meter dari pesisir pantai dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
00:49Mayat mangsa diserahkan kepada polis diraja Malaysia PDRM untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 7.55 malam.
00:57Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended