Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Polis Jerantut menahan seorang lelaki berusia 48 tahun dipercayai menabur paku di atas jalan raya sejak Sabtu lalu. Siasatan mendapati suspek mengalami ketidakstabilan kesihatan mental dan telah dirujuk ke Hospital Jerantut. Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan terus menyalurkan maklumat jika melihat aktiviti mencurigakan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis menahan seorang lelaki di Jerantut semalam yang dipercayai menabur paku di atas jalan raya sejak Sabtu lalu.
00:07Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintender Mahmoud Azhari Mukhtar berkata, pihaknya berjaya mengesan dan menahan seorang lelaki berusia 48 tahun di kawasan Sungai Badak, Jerantut.
00:17Siasatan awal mendapati suspek dipercayai mempunyai ketidakstabilan kesihatan mental menyebabkan pihak polis membuat keputusan untuk tidak melaksanakan tahanan reman biasa.
00:26Sebaliknya, suspek telah dirujuk ke Hospital Jerantut bagi menjalani pemeriksaan pakar dan mendapatkan rawatan lanjut.
00:33Polis menasihatkan masyarakat agar tidak melurarkan spekulasi liar di media sosial yang boleh mengugat ketenteraan awam.
00:39Orang ramai disarang menyalurkan sebarang maklumat mengenai kegiatan hianat atau tingkah laku mencurigakan terus kepada pihak polis untuk tindakan segera.
Comments

Recommended