Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Datuk Bandar New York City, Zohran Mamdani memaklumkan bahawa 16 individu ditemukan maut di luar bangunan susulan cuaca sejuk melampau yang berlarutan 11 hari, dengan majoriti kematian dikaitkan hipotermia. Pihak bandar meningkatkan kapasiti pusat perlindungan, operasi Code Blue dan unit pemanas bergerak bagi melindungi penduduk rentan.
Transcript
00:00Datuk bandar New York City, Zohran Mamdani, mengalumkan seramai 16 individu ditemukan maut di luar bangunan sepanjang tempoh cuaca sejuk melampau ketika bandar itu memasuki hari ke-11 berturut-turut dengan suhu di bawah 32 darjah Fahrenheit.
00:16Menurut Mamdani, salji yang menutupi bandar kini mengeras menjadi ais dan keadaan tersebut memberi ancaman besar kepada penduduk rentan yang terdedah kepada cuaca ekstrim.
00:24Tambahnya, 13 daripada kematian tersebut berkaitan hypotermia, manakala 3 lagi dipercayai akibat overdosis.
00:35Mamdani memaklumkan bahawa ketika ini, punca sebenar kematian masih lagi dalam siasatan pemeriksa perubatan.
00:43Selain itu, beliau menjelaskan tiada mangsa terdiri daripada mereka yang tinggal di penempatan gelandangan.
00:48Dalam pada itu, beliau menggesa penduduk menghubungi talian 311 sekiranya melihat individu yang memerlukan bantuan dengan polis, bomba dan pasukan keselamatan bersiap-siaga untuk bertindak.
01:02Jelasnya, pihak bandar juga meningkatkan kapasiti pusat pelindungan, melonggarkan syarat kemasukan dan mempeluas operasi bantuan di semua lima boroh.
01:11Sementara itu, Mamdani memaklumkan lebih 930 orang telah ditempatkan di pusat pelindungan dan pusat pelindungan selamat sejak gelombang sejuk bermula.
01:21Sementara 18 individu dibawa secara paksa ke fasiliti perubatan selepas dinilai membahayakan diri sendiri atau orang lain.
01:30Menurut beliau, unit pemanas bergerak turut dipertingkatkan kepada 20 buah kenderaan yang dikendalikan pasukan klinikal.
01:37Selain itu, 50 bilik pelindungan tunggal baru turut disediakan bagi mereka yang tidak selesa berada di pusat pelindungan beram-ramai.
Comments

Recommended