Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Angka kematian Gaza meningkat, mangsa terus dipindahkan ke Mesir susulan pembukaan semula lintasan Rafah dan pelaksanaan fasa kedua gencatan senjata.
Transcript
00:00Dalam perkembangan berasingan, jumlah korban di semenanjung Gaza yang dilanda perang meningkat kepada 71,800 orang sejak konflik antara Hamas dan Israel tercetus pada 7 Oktober 2023.
00:12Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, jumlah kecereraan pula mencecah 171,555 orang setakat Isnin.
00:21Kenyataan rasmi menambah, dalam tempoh 24 jam lalu, hospital-hospital di Gaza menerima lima lagi mayat dan empat pesakit cedera menurut pihak berkuasa.
00:34Sebilangan besar mangsa masih dilaporkan tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang musnah, namun atas faktor keselamatan, pasukan kecemasan dan pertahanan awam belum dapat mengakses beberapa lokasi.
00:46Pada Isnin, kumpulan pertama rakyat Palestine yang cedera dan sakit menyeberangi semenanjung Gaza ke Mesir, menandakan langkah penting dalam fasa kedua kejataan senjata Gaza.
00:58Sumber Palestine memaklumkan, lima pesakit diiringi sepuluh ahli keluarga atau penjaga dibawa dari selatan Gaza ke Mesir untuk rawatan perubatan.
01:07Walaupun perjanjian itu membenarkan pergerakan dua hala, setakat ini belum ada rakyat Palestine yang kembali memasuki Gaza dari sebelah Mesir.
01:15Bergerakan itu, susulan pembukaan semula secara separa lintasan Rafah, satu-satunya pintu keluar masuk Gaza ke dunia luar yang tidak dikawal Israel.
01:25Terminal itu sebahagian besarnya ditutup sejak tentera Israel menguasai bahagian sempadan Palestine pada Mei 2024,
01:32satu tindakan yang memburukkan lagi krisis kemanusiaan bagi 2.3 juta penduduk Gaza.
01:38Lintasan itu dibuka semula untuk percubaan pada Ahad sebelum operasi diperluaskan pada Isnin selaras dengan syarat-syarat fasa kedua kejataan senjata Gaza yang dimediasi Amerika Syarikat.
01:50Di bawah pengaturan semasa, kira-kira 150 rakyat Palestine dibenarkan keluar dari Gaza setiap hari,
01:57manakala sehingga 50 orang dibenarkan memasuki semula wilayah itu dari Mesir.
02:02Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended