Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Dekri Presiden Mahmoud Abbas menetapkan PRN Palestin secara perwakilan berkadar, melibatkan rakyat di dalam dan luar negara bagi penyertaan menyeluruh.
Transcript
00:00Seterusnya, pilihan raya Majlis Nasional Palestine akan diadakan pada 1 November depan.
00:06Menurut laporan Ejisi Berita dan Maklumat Palestine, WAFA, tarikh itu ditetapkan menerusi dekri presiden yang dikeluarkan.
00:16Presiden Mahmud Abbas menggesa rakyat Palestine sama ada di tanah air maupun di perantauan untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya berkenaan.
00:25Dekri presiden itu menetapkan bahawa pilihan raya akan diadakan di mana-mana saja yang membolehkan baik di dalam maupun di luar Palestine bagi memastikan penyertaan seluas mungkin rakyat Palestine di mana saja mereka berada.
00:39Pilihan raya itu akan dijalankan mengikut prinsip perwakilan berkadar penuh bagi menjamin perwakilan yang adil untuk semua lapisan rakyat Palestine termasuk wanita, belia dan komuniti Palestine di luar negara.
00:51Seruahan jaya pilihan raya pusat akan memantau sepenuhnya proses pilihan raya berkenaan.
00:58Mahmud turut menetapkan 14 Mei sebagai tarikh bagi persidangan agung ke-8 Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestine, Fatah yang akan diadakan di Ramallah.
01:08Kabinet sebelum ini telah menetapkan tarikh pilihan raya tempatan di Palestine pada 25 April.
01:14Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended