00:00Iran menjangkakan kemajuan dalam pembentukan rangka kerja bagi memulakan semula rundingan nuklear dengan Amerika Syarikat.
00:08Teheran maklumkan pada Isnin bahawa ia sedang meneliti beberapa proses diplomatik yang dicarangkan oleh negara-negara serantau
00:14bagi meredakan ketegangan dengan Washington sambil menambah bahawa satu rangka kerja rundingan dijangka terbentuk dalam beberapa hari akan datang.
00:23Pengumuman itu dibuat ketika Teheran dan Washington dilihat berundur daripada ancaman tindakan ketenteraan.
00:32Juru cakap Kementerian Luar Iran, Ismail Baghe kini mengesahkan bahawa rundingan tidak langsung sedang berlangsung.
00:53Presiden Donald Trump sebelum ini menghantar kapal perang ke Asia Barat selepas Iran bertindak keras mematahkan protes besar-besaran pada Januari.
01:10Pada ahad, Trump berkata Amerika Syarikat sedang berunding dengan Iran.
01:14Agensi Berita Negara Iran melaporkan bahawa Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi telah mengadakan perbualan telefon dengan Arab Saudi, Mesir dan Turki bagi membincangkan perkembangan terkini.
01:27Araqchi juga dijadual bertemu utusan Amerika Syarikat Steve Witkoff untuk rundingan dalam suasana perkembangan ini.
01:34Bagaimanapun, kedua-dua pihak, Teheran dan Washington, belum mengesahkan sebarang pertemuan rasmi telah diatur.
Comments